Monday, December 17, 2007

Pembedahan Plastik

...........



Ramai orang sanggup buat apa saja supaya nak kelihatan cantik. Korang tgk la foto kat bawah. Sebelum dan Selepas....
















Begitulah hebatnya diorang meng'operate' muka diorang....



adios....|||

Monday, December 10, 2007

Gaji Menteri Malaysia

..............



1. Gaji Pokok RMXX,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya. Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak
RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak
RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

1. Gaji Pokok RMXX,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya. Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking RM
5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Rasanya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber


.....
Ramai lagi orang miskin kat negara kita.....


....

Thursday, December 06, 2007

Antara Tiga...

................




Korang tgk gambar kat bawah ni... antara ketiga-tiganya, yang mana satu tidak dibenarkan berada di jalanraya?














...........adios...

Wednesday, December 05, 2007

xsiden

..................................



,,


Agaknya la, kenapa leh jadi xsiden macam nih?


....

Thursday, November 22, 2007

Kesian Kucing Aku....

...................


Aku baru balik kerja.... pastu gi mandi... tgk2 kucing kesayangan aku dah hidu2 kasut aku... ini la apa yang sempat aku rakamkan...





snifff...sniff.... meoww...




aaaaa..... layan bebbb....



pengsan..... mujur tak mati... cuma kejang anggota badan jer...

Tuesday, November 20, 2007

Teringat Dulu2...

..................



Anda Skola tahun 80an....................Sila Baca!

untuk bacaan pada masa lapang...
enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah
dulu...

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,
Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and
Mickey Mouse. Not to
forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?...hmm, mesti pegang
cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn
classmates semua kat
seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist
appointment.
pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah.
ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2
time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning tu.
pukul
tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat
kantin. nasi lemak 20 sen

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang
popular utk meluangkan masa
dgn
family. ni for those yg dok KL laa. Kalau kat Pahang, Komplek Teruntum.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah
Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu...ada yang suka
stoking
tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang
pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum
Kum, UFO, O-Ya,
Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm
die, 'telur' keras warna
warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy Family laa dlm
class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli
aiskrim ngan
apek
kat luar skola tuh... mati dah apek tu...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje
skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry',
kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube
aiskrim, ada byk2
color
tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun
kita main dulu
ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan
nye lahir thn 1987/88.
skarang digelar 'remaja'.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the
Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
Westlife
nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade
satu je
Vietnam.


CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan
diorg skarang tak reti
nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive
dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan
korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah
kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa,
seronok bile
bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami
mase dulu time
kecik2,
nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace blog ni, korang akan
terpikir utk
sembang
dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye
laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!

Monday, November 19, 2007

Job Expo...

..............

Satu Job Expo diadakan di China. Ni la gambar betapa ramai org yang nak memohon kerja. So, hargai dan sayangilah kerja anda....








......

Saturday, November 17, 2007

Nama Jepun Yang Sesuai

..........................


1. Yg pemarah- KEJI CACIMAKI

2. Yg tak suka brg mahal- SATO SUKAMURA

3. Yg bisu- KITA TADASUARA

4. Yg suka makan tose- NANACHI HITOSE

5. Yg suka lagu blues- APO NADIKATO

6. Yg suka belajar- ASIKO ULANGKAJI

7. Yg kerap bikin ribut- WAKASI HURUHARA

8. Yg masih bujang- MATIMATI TAMOKASI



Arigato Padasemuaro, Hait!!!

..................

Tuesday, November 06, 2007

Fakta atau Auta?

.....................

fakta atau auta ???


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.


13. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.



..................

Friday, November 02, 2007

Atromen Sejati

.........................

Hari tu aku dan rakan2 pergi ke perkampungan Gutorabokertut (satu daerah di Planet Zargus) untuk bertemu dengan seorang Atromen Warga Emas sempena Aidilfitri. Beliau yang kelihatan terkejut dengan kehadiran kami yang disangka raksasa itu telah bersedia untuk 'fire' rombongan ziarah kami. Nasib baik beliau tak sempat nak 'fire'. Setelah diberitahu tujuan kehadiran kami, barulah beliau menjemput kami masuk ke rumahnya.

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>













Inilah Atromen tersebut. Beliau baru sahaja balik dari kebun. Beliau merupakan bekas tentera Atromen. Sepanjang hidupnya, beliau telah menewaskan kira2 397 862 ekor raksasa.


................

Tuesday, October 30, 2007

Sekuriti Guard Saya

..................



Sekuriti di kedai saya.....

Sejak kebelakangan ini, memang banyak kes jenayah yang berlaku.

Untuk meningkatkan keselamatan di kedai saya, saya terpaksa mengambil seorang sekuriti guard yang sangat sangat gagah.
Saya telah berjumpa dengan banyak ajen untuk mendapatkan sekuriti yang sangat-sangat gagah ini.
Walaupun saya berjumpa dengan banyak ajen, tetepi saya tidak puas hati.
Akhirnya jumpalah agen yang boleh menyediakan sekuriti yang jenis itu.
Menurut dia sekuriti yang paling gagah adalah dari afrika.
Walaupun gajinya amat tinggi, saya tetap mengambilnya.

Sudah 3 bulan dia bekerja dengan saya, saya amat puas hati kerana tiada apa-apa yang berlaku.
Tetapi, masalahnya, bukan sahaja penjenayah takut nak masuk ke pejabat saya, tetapi pelanggan pun takut nak masuk....
apa masalahnya???


di sini saya ada gambar sekuriti saya, boleh anda komen???? Terima kasih.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


...............................................................

Friday, October 26, 2007

Jawapan Bijak

............


Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanya an
saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai
orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiy! ai tersebut menampar pipi pemuda tadi
dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah
kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.



...............

Monday, October 22, 2007

Dah takde kerja la ni...

...................


Ko tgk cara manusia membazirkan wang sekarang. Betapa ramai lagi manusia kebuluran kat dunia ni. Sampai kereta pun nak letak berlian!!!


Kereta Mewah Prince Waleed yang ke 38.









..............

Sunday, October 07, 2007

Buka Puasa

.......................


Selalu kita dengar dan tengok daging kambing panggang atau paling besar pun lembu. Ni ha, kat arab sana tu, berbuka puasa dengan unta panggang. Aku pernah sekali je rasa daging unta ni. Tapi dalam keadaan fizikal yang besar gedabak ni, ntah la... Selama berbuka.





"Hoi..ko buat apa tu terbelek-belek buntut unta tu...!!!!"...

Thursday, October 04, 2007

Beijing 2008


......................

Korang tau tak macam mana logo Olympics Beijing 2008 mula tercipta? Daripada kajian, ini la yang diperolehi...








..........

Wednesday, October 03, 2007

Pelan Pendidikan

........................






Apa komen korang??? Sekarang ni pulak dah ada macam2 realiti show. Nauzubillah, jgn la melibatkan anak aku.


.............

Monday, October 01, 2007

Flat Screen TV.

..........................


Aku
sebenarnya nak beli tv flat screen macam ni. Harganya pun boleh tahan. Dah order dah pun.. Tapi....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








aku takut mak aku marah jer..... so, tak jadi le aku beli...



.
.
.













Friday, September 28, 2007

IKLAN


.....................

Akum....

Kawan aku nak jual N95 dan N73 dgn harga paling best. Brand new. N95 = RM1200 dan N73 (music edition)=RM900. Untuk maklumat korang, N95 di pasaran sekarang lebih kurang RM2280 dan N73=RM1350. Nape murah, xyah tanya, yang penting barang ok. Stok banyak. Kalau rosak dapat yang lain ataupun duit aku bagi semula. Order sekarang tapi dapat dalam bulan November. Berminat isikan comment dalam entry ni.






iklan ini dibayar siarannya..


................

Thursday, September 27, 2007

Be Careful...............



...................................



Kepada kita umat Islam, berhati-hati la. Sensitiviti umat Islam di Malaysia ni dah dipandang remeh...








Tengok kat anak panah tu, ada pulak babi halal yek??!!!






(gambar selingan)Ish... macam mana la nak setel benda ni ek...??? hehehheh

Tuesday, September 25, 2007

Kereta Raya Aku...





..........................................................



Sebenarnya, aku baru beli sebuah kereta yang agak mewah gak harganya. Aku tahu, tak ramai yang mampu memilikinya. Tetapi aku nak tunjuk kat korang kereta ini dan berapa yang perlu aku bayar dalam setahun untuk mendapatkan kereta ini. Kalau nak tengok kereta aku secara live, datang la kat rumah aku kat Damansara tuh... Ok, cekidautt.. (check it out)

.
.

.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.
.

.

.
.
.
.

.


Dari depan....




Belakang.....



Cantik kan kereta baru aku.....




What the ****!!!!!
.
.
.

Hah, ambik ko!!!! Kalau ko nak beli kereta lamborghini aku ni, silakanlah. Aku pun dah tak sanggup nak bayor!!! Tu baru road tax, belum campur insuran....

.
.
.

adios amigos.....
.
.

Sunday, September 23, 2007

Al-Fatihah

......................

Mula-mula aku nak minta maaf jika foto di bawah mengganggu emosi korang semua. Jadikan ia sebagai satu pengajaran untuk kita semua (ada banyak foto, tapi cukuplah foto yang ini je)

Lelaki di bawah telah
didapati bersalah kerana membunuh 22 orang kanak-kanak dan merogol 13 orang daripadanya. Dia dijatuhkan hukuman sebat 100 kali di khalayak ramai dan berakhir dengan hukuman gantung sampai mati.
















Al-Fatihah untuk adik Nurin....






...................................................

Monday, September 17, 2007

9 Sept 2007 baru ni...


Recently I met up with my Senior Ultraman in Tokyo, Japan, the city he has saved many times over from evil, destructive monsters. We met at an intersection downtown, bought drinks from a vending machine and sat on the kerb for this interview.

Me: Konichiwa, Ultraman-san!

Ultraman: Apa khabar, Atro-san!

Me: Wow! Ultraman Senior reti cakap bahasa?
Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?
Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima prefecture. We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot of people died.

Me: The monster killed so many?

Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.

Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?
Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je. Boring lah, beb!

Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?
Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!
Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thank the Ultra-Gods, my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.

Me: What about Taro?
Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing ju! al ubat untuk kuatkan tenaga batin.

Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?
Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, P
ower Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawak motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic shit.

Me: Wow, marahnya Ultraman.

Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena ta! ngkap ngan gadis bawah umur. You see?

Me: Man, that is sad.
Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.

Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?
Ultraman: Adalah sikit-sikit.

Me: So, Ultraman, what'syour future plan? You going to give up being a superhero too?
Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my c! hest light is always beeping.

Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.
Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.

At this point, Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to fight yet another worthy adversary. World!




Gambar sambutan birthday Titicaca baru2 ini...buat kat planet Zargus... aku tak dapat datang sebab buat MLM... hahahah....

Friday, September 07, 2007

Cerita Melayu

Aku ambik dari member yang forward kepada aku...



1. 80% jalan cer ita berkisar tentang:

a. Cinta.

b. Cinta 3 segi.

c. Cinta 4 segi.

d. Anak- anak rebut harta pusaka.

e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi

Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished.

Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home

work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi

pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai

bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul

cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cer ita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING,

tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen

kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog

wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan

ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau

lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab

atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak

pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar,

tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah

sampai part sadakallah hulazim. ( Cover lin e kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan

pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Wednesday, September 05, 2007

Happy birthday to my blog

................................







Assalamualaikum... Sebenarnya aku dah memblog pada Ogos 2006, tapi aku padam post tu. aku pun xtau nape. Ok, hepi besday blog ku, semoga umur panjang...terima kasih sokongan kalian...





......................

Friday, August 31, 2007

Merdeka....

................



MERDEKA

Semoga negara Malaysia akan makmur. InsyaAllah..


.................

Monday, August 27, 2007

Records...(true color 3)




Larian berganti-ganti 100 jam tanpa henti U*M
~ Malaysia Book of Records ~

Ye, berlari tanpa henti tetapi secara bergilir2 la. 3 orang akan berlari serentak sejauh 5 km atau lebih kilometer (petrol shell). Peserta akan diberi rehat selama 6 jam sebelum menyambung semula larian. Larian dijangka tamat pada jam 11-12 tgh malam 31 Ogos 2007.

Seperti biasa, aku tak akan membawa perut aku berlari bersama. Cukuplah aku sebagai kurussetia eh, urusetia aje. Dan juga sepanjang larian ini berlangsung, aku akan dapat pengecualian kuliah... (ha,ha,ha,ha... itulah true color yang ke-3...)


Tontonlah tv9 'dekat di hati' untuk lihat muka aku yang rajin bekerja...

Tuesday, August 14, 2007

True color 2...

.........................................


Hari ni aku terserempak dengan member aku kat lab. Debik (bukan nama sebenar), kelas fisiologi takde minggu ni. "apa? naper?" (dgn nada terkejut tetapi gembira). Ermmm...nak buat guane?

Aku pun tak kesah la dah takde kelas. Tadi aku bukak e-learning... rupa2nya, wife lecturer aku bersalin... Tahniah...


Apa2 pun, kami semua gembira dengan berita ini (berita dapat anak + takde kelas) hahahahhahh...

Itulah, true color.... yang ke-2....

Tuesday, August 07, 2007

True color...

.......................................




Hari ni, aku bukak e-learning. tetiba ada satu note untuk aku.


Dalam e-learning pagi tadi... "debik (bukan nama sebenar) saya tak dapat datang kelas, so, can u handle the class today?"

Aku ok jer... Kelas tu dari kul 8 sampai 10. aku datang kul 8.30 n tamat kul 9. Dalam report, kelas tamat kul 9.45 pagi.


Balik dari kelas.. dapat SMS, "To debik(bukan nama sebenar), physiology class today dibatalkan. THIS IS NOT A JOKE!!!!"


Lecturer ramai yang meeting kot... Bagussss..... yippieee@yahoo.com.muahahahah...


Itulah true color of students..


Sekian, terima kasih....

Monday, July 30, 2007

Aku menipu lagik...

Kat U** ni ada laluan yang tidak boleh dilalui oleh student. Hanya staf sahaja yang boleh lalu. Tapi kadang2 aku lalu je semacam sebab laluan yang lain tu jauh untuk aku ke rumah aku. Dan selalu jugak la ada 'road block' oleh pak guard- pak guard yang berdedikasi.


Kisahnya...

Aku dan wife ditahan oleh guard sebab lalu di kawasan larangan itu.

Jaga : "Kad matrik!!"

Aku : "Takde!!!"

Jaga : "Tu ada stiker kat cermin kereta tu. Awak student kan?"

Aku : "Tak"

Jaga: "Dah tu ni kereta sapa?"

Aku : "Ni kereta bini saya."

Jaga : "Encik ni bukan student ke?"

Aku : "Tak. Saya just nak hantar bini saya ke kelas...Takkan itu pun tak boleh?" (padahal aku pun nak ke kelas)

Jaga : "Kalau gitu encik kena la jumpa boss saya kat sana tu. Kalau ikutkan tak boleh lalu kat sini."

Aku : "Mana boss awak? Saya nak jumpa dia. Oh, yang tu ke boss awak?"

Jaga : "Takpe la encik... encik lalu je la.."


(Selamat duit aku dari kena saman...)

Sunday, July 22, 2007

FUTSAL





Ye, futsal...

Ia merupakan salah satu permainan yang amat digilai dewasa ini. Malah banyak pasukan2 di pusat pengajian tinggi dan di kampung2 telah diwujudkan. Begitu juga gelanggang permainan. Perbelanjaan untuk bermain futsal tidaklah memerlukan belanja yang besar. Aku pulak semakin suka dengan permainan ini. Lecturer aku pulak semakin rajin mempelawa aku bermain bersama-sama mereka yang lain. Tapi aku tidak akan join ke kelab futsal U** kerana aku tak larat. Aku bermain just untuk suka2 aje...


Oh ye...kenapa aku cerita tentang futsal kali ini??? Ia adalah kerana... Orang rumah aku pulak yang mendaftar sebagai ahli kelab futsal perempuan U**...


Dan next week...aku akan ke kedai sukan untuk mencari kasut futsal isteri aku... huhuhu...






*kenapa agaknya wife aku belajar tendang bola??? Risau jugak aku...

Saturday, July 14, 2007

Dinner


Baru2 ni aku datang ke jamuan kolej. Ni la makanan yang kami dapat selaku jemputan. Sekemput je lauknya... takpe la.. lagipun free je. aku just datang je memenuhi jemputan. Itupun sebab aku yang buat persembahan makyong eh, live band. Nak tunjuk gambo pun susah sebab gelap. Di akhir acara, ada cabutan bertuah... aku just dapat hamper. Pun tak dapat ditunjukkan di sini sebab dah pecah2 sebab member aku jeles aku dapat lalu digomolnya hamper aku tuh...

Tengok kad atas meja tu....nasyid tu bukan aku... kang jadi lagu lain kalau aku nyanyi nasyid..

Monday, July 09, 2007

Aku kembali suram....

Hari ni aku start kembali ke U**. aduu..kena la study semula. Dah puas bercuti, kena belajar semula.



mau aku ambil 2 minggu untuk tempoh recovery sbb terlalu lama bercuti telah membuatkan aku lemah je nak baca buku... aduuuu...



kepada lecturer.... Fahamilah aku....

Sunday, June 24, 2007

Sumbangan Derma Mangsa Banjir

Baru2 ini kita dikejutkan dengan banjir kilat di Kolumpo. Simpati dengan masalah tesebut, beberapa syarikat2 besar dan penderma sudi menghulurkan bantuan derma kepada mangsa. Aku dan titicaca pun terlibat sama baru2 ini. Tetapi mangsa banjir ini sukar untuk dikenalpasti... Berikut laporannya...



Mungkinkah ini orangnya??? Tidakkk...


Adakah ini? Pun tidakkk....


Mulanya kami yakin ini orangnya...tetapi bukannn...


Agaknya dia ni mangsa banjir itu...eh...bukan....


Ataupun dia ni sengaja menyamar... tapi takkan laa...


Kami mengenalpasti mangsa banjir tersebut... kami yakin...


Kami yakin..dialah orangnya...tetapi...siapakah gadis di sebelah beliau???
Marinikah??? Tapi..agak kecil tubuh badannya...


Alhamdulillah...dapat juga aku bertemu dengan mangsa banjir ini. Aku derma taklah banyak mana. Cukuplah untuk menampung selama 40 tahun termasuk belanja kahwinnya sekali.... Harap si mangsa atau lebih dikenali sebagai Ad3ck the Spenderman bersabar di atas kejadian yang berlaku...
(kelihatan UltraDebik memberikan derma kepada Ad3ck si mangsa banjir)