Monday, November 03, 2008

Cuti2 Malaysia Part 2 (season finale)

...
updated:


Info:
lupa lak nak bagitau... Di kawasan penetasan tu, telur yang dibiarkan berada di tengah2 panas akan menghasilkan penyu jantan.. untuk menghasilkan penyu betina, telur2 itu diletakkan di tempat yang teduh..

Kesimpulannya:
Err.. tak sampai hati nak buat kesimpulan. Kang ada orang tu marah aku lak...


..............................................


Assalamualaikum.. Kali ni aku nak sambung yg part 1 hari tu. Aku nak cerita pasal penyu. Bukan, bukann.. bukan penyupoyo penyubiru.. ini betul2 punya penyu. Tapi mungkin ada kena mengena dgn penyubiru tu.. try la tanya dia..



.................................................





Penyu ni ada macam2 jenis... yang kat atas ni.. Penyu Lipas (dah penyu, lipas la pulak..) atau nama saintifiknya Lepidochelys Olivacea. Merupakan penyu yang terkecil di dunia. Warnanya gelap. Bertelur pada Mac-Jun dan telurnya bulat dan lembik. aku bukan maksudkan telur penyubiru tau..

...............................................





Ini lak namanya Penyu Agar atau nama saintifiknya Chelonia Mydas. Dikenali juga sebagai Penyu Hijau. (Haa.. maybe sepupu Penyubiru ni....ataupun kaum Hulk yg warna hijau tu...). Warnanya coklat kehitam-hitaman. Makanannya dari rumpai laut dan bertelur pada April-September. Telurnya juga lembik dan bulat. Penyu ini adalah penyu yang banyak mendarat di Malaysia dan salah satunya kini menetap di Petaling Jaya, Selangor.

..............................................




Ni kawasan penetasan penyu. Kira macam bilik bersalin la untuk penyu. Takleh masuk sbb dulu ada org terpijak telur penyu.

.............................................




Ni pulak macam nursery untuk anak2 penyu.. Tapi aku rasa penyubiru tak hantar anak dia Batrisyia tu kat sini. Mungkin faktor jauh kot sbb nursery ni kat Perak, sedangkan penyubiru dok kat Selangor.


Ni la rupa anak penyu dalam kolam. Tujuannya untuk biar penyu ni besar sikit sebelum dilepaskan ke laut. Ini kerana, dari 1000 anak2 penyu yang dilepaskan, hanya 1 sahaja yang akan hidup. Burung helang dan ikan2 besar suka makan anak penyu ni. Oh ye, kenapa 'tangan' anak penyu tu ke belakang mcm tu? Menurut penjaganya, penyu buat gitu sbb keletihan berenang. So, nak rest la dulu. Buatnya krem kang...


Ini la pakcik pengasuh tu dgn pose anggun.


Yang ni saiz kecil.


Yang ni saiz sederhana.


Yang ni penyu paling senior. 7 tahun umurnya. Yang 11 tahun dah mati baru ni.


Kalau kita snorkeling pun kena buat tangan mcm ni gak..



Ni aku pegang Batrisyia eh, bukan..bukan... anak penyu yang remaja.

.............................................




Sukanya anak aku n sepupu dia jalan kat sini.



Dengan mama,


Dengan Atuk.


.....................................................





Ni tulang penyubiru penyu.


Kalau nak jalan2 kat sini, ni ha peta sebagai rujukan.


Info tambahan:
penyu boleh hidup di air laut tanpa air tawar. Ini kerana terdapat sistem dalam badan penyu yang boleh menapis air garam tersebut. Garam dan cecair itu boleh dikeluarkan melalui matanya yang kelihatan seolah-olah penyu itu menangis.

Kesimpulannya:
Penyubiru mungkin takde darah tinggi sbb boleh tapis garam lebih dan jika sapa2 yang pernah berjumpa penyubiru, then nampak dia menangis meleleh-leleh air mata, jangan panik... itu adalah kerana penyubiru sedang membuang garam berlebihan.





p/s: penyu, aku lupa la nak send batch ke-2 tu. Takpe, minggu ni gak aku pos kat ko.

adios amigos~



...

16 comments:

achik said...

anggun sungguh pose pakcik tu.. ;)

Unknown said...

keh3... walaupun penuh berinformasi tapi aku sgt nak gelak..

hahahahahhahahahahah

Anonymous said...

hahahaha...

penuh ngan informasi.

hahahaha...

(aku gelak besar baca n3 ko ni sambil tanganku taruk kat belakang)

zonaku said...

kahkahkahkah...
byk nyer encikPenyu kena...

penuh maklumat.....

x la plak aku tau ada pusat ni kat sana.... (aku mmg fail hal2 goegrafi nie)

debikdebuk said...

achik:
ko berkenan ker? nak no phone?

theconfused:
sekali sekala mesti kena ada sudut ilmiah..

penyu:
jgn la marah penyu... aku buat ni utk promosikan kerabat ko gak..

zona:
sudut ilmiah la katakan..

Anonymous said...

aii?? ade update lagik?? hehe..

naper tak habiskan kesimpulan tu. (sambil mengangkat dua ekor penyuhijau tuk dihempaskan kat kepala seseorang)

debikdebuk said...

penyu:
ko nak hempas pada kepala sapa? jard ke? jgn la.. tak baik...



aku xbuat kesimpulan sbb taknak kena hempas kepala dgn penyuhijau.. hehehehe...

me3n said...

eh jadi jantina penyu ditentukan dengan cuaca eh? biar pembetulan?

sekarang ku konpius penyubiru lelaki ke pompuan sebab dia tuh suka berteduh!

Titicaca said...

hahahahha kat komen adeck..krisis identiti betoi..

Jard The Great said...

ahahaha.. tuk entri nih..

uits penyu.. jgn la hempas kat aku..aku tak bersalah..

hahaha jugak utk komen ad3ck.. sungguh berkenaan dgn diri en penyu (aku pong konfius.. aku dpt kesan yg dier->en penyu, ade sifat2 wanita jugak nih)

debikdebuk said...

ad3ck:
begitulah keadaannya. Ko kena tanya penyubiru tu sendiri.

boolah:
tak baik gelakkan penyu..empp... tutup mulut)

titicaca:
aku tak berani tanya.. ko try tanya penyuhijau..

jard:
ko ni asal ad3ck je mesti ko sokong yek? ermmm...

Titicaca said...

hoh! mmg aku pon rasa bila tang ad3ck je..musti jard setuju..musykil aku ..musykil..mungkinkah??????

debikdebuk said...

titicaca:
kalau takde beruk, masakan pokok bergoyang... mungkinkah...

me3n said...

oi yang korang nak musykil2 kenapa? dah mmg ku hensem, eh silap, dah mmg ku di pihak yang benar, mestilah jard sokong. ;p.

saya said...

fuiyooo..dah rasa mcm majalah 3 edisi blog dah ni.. huhuhu..kagum, kagum.

Super Nia Hana said...

ahahahaha
lawak giler n3 nih walaupun penuh informasi