Sunday, November 09, 2008

Gunalah NGV yang diiktiraf

...


Tong NGV pasang sendiri meletup - Seorang terbunuh, dua lain cedera angkara tong gas memasak diubahsuai


RAZALI menunjukkan tangannya yang cedera ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.





MELAKA – “Tiba-tiba saya mendengar bunyi letupan lalu keluar dari van tetapi kaki saya rasa sakit. Saya juga lihat Hailmi sudah terbaring di atas jalan.”

Begitulah pengalaman cemas seorang mangsa yang cedera selepas tong gas memasak yang telah diubahsuai menjadi tangki sistem gas asli kenderaan (NGV) untuk sebuah van meletup sehingga menyebabkan rakannya terbunuh dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Dato’ Seri Mat Zain, Batu Berendam di sini kelmarin.

Razali Md. Zin, 31, berkata, dalam insiden pukul 8 malam itu, rakannya, Muhamad Hailmi Ishak, 25, yang menetap di Duyung dekat sini terbunuh.

Hailmi mati di Hospital Melaka pada pukul 1.25 pagi semalam. Perut dan kaki kirinya hancur terkena serpihan kenderaan.

Selain Razali, seorang lagi mangsa, Muhamad Rosli, 29, iaitu abang Hailmi, cedera ringan tetapi dipercayai hilang ingatan.

Bercerita lanjut, Razali berkata, ketika kejadian, beliau duduk di dalam van manakala Hailmi dan Muhammad Rosli berada di luar kenderaan itu bagi mengisi NGV ke dalam tong yang diletakkan di ruang kaki van berkenaan.

Hailmi, katanya, mengisi NGV dari pintu kiri van miliknya itu manakala Rosli berdiri di belakang Hailmi apabila tong berkenaan tiba-tiba meletup.

“Nasib baik ketika itu saya meletakkan kaki di atas dashboard (papan pemuka). Jika tidak, tentu kaki saya cedera parah, mungkin juga mati,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.

Difahamkan, tangki NGV itu sama seperti tong gas memasak yang digunakan di rumah. Setelah diubahsuai, ia dipasang di bahagian dalam van berkenaan sejak sebulan lalu.



Komen aku:
Aku teringat kawan aku sorang ni guna NGV. Harap2 dia tak gunakan tong gas memasak sebagai tangki NGV tu.



adios amigos~

...

10 comments:

Hana-Ni-Mo-Nai2 said...

huishh..kalo kawana kita tu pakai yg tak ori..ko kena suh pak mertua ko saman dia
demi nyawa dia
ekekeekek

debikdebuk said...

hana:
repot JPJ la hana oii...

Jard The Great said...

err...

Jard The Great said...

nasib baik takde kena-mengena dgn sy..

(relieved)

debikdebuk said...

jard:
ko ni, kami semua takleh nak sebut pasal si dia tu. Mesti akan rasa seolah2 ada kena mengena dgn ko..

Mr PenyuBiru said...

eleh jard.. aku tau ko tgh risaukan keselamatan kawan debik tu.ala..ngaku je la.

ad3ck said...

tumpang simpati ngan berita tersebut. tp ku takde lah smpi guna tong gas masak mak aku tuh buat ngv! ;p. pe pong doakan keselamtan ku. risau gak.

zino said...

tak usah le memandai mandai nak tunjuk pandai.. kalau nak guna NGV pegi le woksop yg bertauliah buat benda2 tu.. nak jimat punya pasal lain pulak jadi nya..

Tie said...

Ish! Kena hati2 tu. Elok suruh dia gi check .

lindosh said...

aisehh bahaya gila ni