Tuesday, September 23, 2008

Hebat la Malaysia...

...



SUMBER DARI MALAYSIAKINI:

Tidak ada kemajuan dalam persepsi rasuah di Malaysia sejak tahun 2001 walaupun banyak janji-janji yang telah dibuat oleh pihak berkuasa untuk membasmikannya.

Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008 - yang mengukur tahap rasuah di sesebuah negara - Malaysia memperolehi 5.1 mata tahun lalu.

transparency international malaysia corruption perception index 2008 pc 230908 ramon navaratnamMata yang sederhana itu hanya sedikit berbeza daripada 4.9 hingga 5.1 mata yang diperolehi Malaysia sejak tahun 2001.

"Ini menunjukkan terdapat negara-negara yang mencatatkan kemajuan yang lebih baik daripada kita," kata Presiden Transparency International (Malaysia), Tan Sri Ramon Navaratnam.

Beliau merujuk kepada Singapura yang mendahului senarai bagi negara-negara di rantau Asia Tenggara, dengan mendapat 9.1 mata. Pada keseluruhannya, republik itu berada di tangga keempat di kalangan 180 negara yang dinilai.

Sebagai perbandingan, Malaysia berada di tangga 47 dalam senarai tersebut, berbanding pada tangga 36 pada tahun 2001 di kalangan 91 negara yang dinilai dalam indeks tersebut.

transparency international malaysia corruption perception index 2008 pc 230908 01Bagaimanapun, Malaysia masih berada di atas negara-negara lain di rantau ini seperti Thailand (3.5), Vietnam (2.7), Indonesia (2.6), Filipina (2.3), Kamboja (1.8) dan Burma (1.3).

Menurutnya, tahap rasuah yang tinggi yang masih wujud dalam ekonomi tersebut boleh menjejaskan perniagaan, kecekapan, menghalang atau melembabkan perniagaan dan menjadikan perniagaan lebih mahal dan berisiko tinggi.

Navaratnam juga berkata, lebih banyak yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk membasmi rasuah.

Katanya, sementara usaha memerangi rasuah dalam sektor awam memerlukan kekuatan keazaman politik yang kuat, ini perlu disusuli dengan keazaman yang kuat dan berterusan untuk memperkukuhkan akauntabiliti.

bm version transparency international malaysia ranking in cpi from 2001 to 2008 230908"Satu budaya yang tidak bertolak ansur dengan rasuah juga perlu ditanam dalam budaya perkhidmatan awam. Pemimpin politik mesti memimpin melalui teladan dan cakap seperti bikin," katanya.

Beliau bagaimanapun memuji langkah kerajaan menubuhkan badan seperti Pemudah, sebuah badan petugas khas untuk membantu memulakan perniagaan secara mudah dan telus, tetapi menegaskan lebih banyak lagi yang boleh dilakukan.

Menurutnya, jumlah mata yang sederhana yang diperolehi Malaysia dalam CPI 2008 itu harus menjadi peringatan kepada kerajaan supaya meningkat usaha membasmi rasuah dan bukan setakat beretorik sahaja.

Selain pembaharuan institusi dan undang-undang, TI juga berkata , CPI Malaysia boleh ditingkatkan dengan memastikan keputusan dan transaksi kerajaan menjadi lebih telus.

bm version transparency international 2008 malaysia ranking corruption perception index 230908"Ini termasuk merombak Akta Rahsia Rasmi," kata Navaratnam.

Perolehan kerajaan,tambahnya, juga mesti lebih terbuka untuk membasmi rasuah.

Mengenai politik wang, Navaratnam menyarankan supaya calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya dan pemilihan parti politik lebih dihadkan dan dipertanggungjawabkan terhadap penggunaan wang dalam pilihanraya.

Ranking bagi CPI TI dibuat berdasarkan tahap persepsi rasuah di kalangan pegawai kerajaan awam dan ahli politik.

Indeks komposit ini mengumpul data dari pakar dan kajiselidik perniagaan yang dijalankan oleh pelbagai institusi bebas.





Hebat la Malaysia ni...




adios amigos~


...

18 comments:

Anonymous said...

malaysia memang hebat! aku juga hebat! johan teka teki! cuma ko je yg tak hebat, buat soklan teka teki senang sangat.hahaha..

intan izani said...

pjg nye entri
tapi berjaya ku abiskan

emm
cume harap rasuah kat msia ni dapat dibasmi dgn sepenuhnya
especially polis2 yg mudah disuap~

debikdebuk said...

penyu:
lo nampak tak amaran kat atas tempat komen ni? Nak kena campak dalam longkang???


intan:
aku pun harap gitu..

Anonymous said...

huh? ko nak campak dlm longkang sepertimana ko buat kat kucing gayah tu ek? muahahaha..

debikdebuk said...

lain kali penyu, ko komen la atas nama izman pulak... hehehehe....

Jard The Great said...

hahaha.. di mana ada debik..di situ la ada izman.. oppss.. penyubiru

Jard The Great said...

uits.. ku ingat mu pemakan rasuah.. tibe2 plak post n3 nih... ku konfius.. hehehe

me3n said...

ape jawapan utk contest ko yang akan datang? nnt ku hulur la sket. jgn bitau penyu.

Anonymous said...

ad3ck,ko tak baca n3 nie kan?kan?

Masy said...

panjangnye adehdehdeh. izman, ko nampak tak penyubiru?

biskutrajin said...

drpda mkn suap baik mkn paki sudu ken..ehehhe...drpda duit kopi...baik diut rye kan..hhee

Titicaca said...

hi izman...

Mak Su said...

selagi ada tamak, selagi tu ada rasuah

debikdebuk said...

jard:
penyu n izman tak dapat dipisahkan..

ad3ck:
hulur dulu, sahih je aku bagitau jawapan.

penyu:
aku rasa pun gitu..mcm mana ko tau?

masy:
apa yang panjang? penyu ke izman? dua-dua sama panjang...

biskut:
makan budu lagi best..

titi:
ko pegi blog http://penyubiru.blogspot.com
Kat sini memang sah ada izman

mak su:
selagi ada samak, selagi tu la thailand kucar-kacir..

Anonymous said...

aku tahu ad3ck tak baca n3 nie pasal komen dia tu berbau rasuah.

Jard The Great said...

hahaha... n3 nih macam menggalakkan org amik rasuah.. dh dua org nih yg terpengaruh (ad3ck and penulis blog nih)

Super Nia Hana said...

yg suka makan suap tu manja..
ala2 aww ww gitu
sbb tu kena suap
cit..

Unknown said...

malaysia bolehh!!!.. aku rasa ngantuk baca n3 ko nehhhh.... heheheh