Thursday, September 11, 2008

Teka-Teki-Teka-Tekuk (update)

..

update (13 Sept 2008): sementara nak menunggu result.. meh layann....




Utamakan OKU





Soalan yang bijak...




Korang ada umpa tak kat mana-mana? Kalau jumpa telefon mamat ni atau dia ni. Dua org ni mencari sejak dari puasa tahun lepas lagi....





Hai...Udang pun ada perasaan...




Akhirnya... Miss Phuket telah pun ditemui... Sami tu pun cover2 la skit....




Istimewa bulan ini..!!!




Ramalan cuaca. Korang pun leh cuba...




Warna biru beb... biru....



..


Assalamualaikum... Hari ini aku nak buat satu peraduan yang sapa2 saja leh join. Soalan yang mudah sahaja. Cuma perlu teka kedudukan sebenar bola tenis itu? Adakah A, B, C, D, atau E?



Syarat2nya ialah:
  1. Anda hanya boleh teka hanya sekali sahaja. Jawapan hendaklah dijawab di dalam ruangan komen.
  2. Hanya satu jawapan dibenarkan. Barang sesiapa yang jawab lebih pada 1 jawapan... mmg dia nak kena siku...penyertaan anda dibatalkan..
  3. Kalau blogger yg seterusnya menjawab dgn betul, sama dgn blogger sebelumnya, maka blogger yg awal akan dikira sebagai pemenang.
  4. Politik wang sama sekali tidak dibenarkan.
  5. Ahli keluarga aku tidak boleh join sama sekali dan akan dikira batal penyertaan sekiranya berjaya dikesan.
  6. Akhir sekali anda perlu lengkapkan slogan di bawah. Jawapan yang betul tanpa slogan dianggap batal penyertaannya.
  7. Keputusan pengadil adalah MUKTAMATED!!!
"Saya masuk blog ini sebab debik ......." (tidak melebihi 30 patah perkataan)


edit: (12 sept 2008)

"setelah mesyuarat dibuat dengan Anggota Majlis Tertinggi, pemenang akan ditentukan dengan jawapan yang betul serta slogan yang menarik."
(so, sapa2 yang dah jawab, hanya boleh betulkan slogan sahaja jika mahu... tetapi jawapan tetap akan dikira yang asal)

kelihatan debik (hadapan pertama dari kanan) bersama-sama titi (sebelah kiri si tanduk seladang tu, xnampak muka) menghadiri mesyuarat Anggota Majlis Tertinggi Atromen. Berkemungkinan Presiden (yg tengah2 xpakai tux tu) akan melakukan peralihan kuasa tidak lama lagi...


Tarikh tutup:

Hari Ahad, 14 September 2008. Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin dan akan dihubungi pada hari yang sama. Pemenang diminta memberi alamat melalui emel: shafezan@yahoo.com utk tujuan penghantaran hadiah



Hadiah:

2 set... (rahsia...)



Klik gambar untuk tumbesaran yang sihat



Apa lagi... mulakan...



adios amigos~


...

21 comments:

Ayaq masak said...

Jawapannya D.

Saya masuk blog debik sebab dia dari golongan atromen. Saya teringin nak jumpa atromen.

Mr PenyuBiru said...

Jawapan : B

Saya masuk blog ini sebab debik adakan peraduan nie dan bagi hadiah jika menang.Lagipun aku kesian kat dia,pasal tak ramai yg masuk blog dia.poor debik.


ps: aku nak pilih D,tapi ayaq masak dah pilih.

SHIMI said...

Ha..Ha Aku tak nak teka. Tak nak teka

mazudi said...

Aku nak jawab dengan sirius ni.

jawapan : C

Saya masuk blog ini sebab debik seorang yang rajin didalam menulis blog serta mempunyai entri yang sentiasa bernas tentang otromen.

Bang... kasi menang eek.

Titicaca said...

aku ahli keluargo leh masuk ke?

tak kira nak masuk gak..

aku teka E

Saya masuk blog debik kerana dia paksa saya, kalu tak saya takut kena debik walaopon sebab saya kakak dia saya ada kuasa veto untuk debik dia dahulu.

Ayu said...

Jawapan : D

Saya masuk blog debik sebab dia suka merapu serta saya suka baca kemerapuannya

ad3ck said...

Jawapan: E

Saya masuk blog ini sebab debik sangat hensem dan bergaya. Dia juga seorang yang pemurah dan baik hati.

Masy said...

jawapannye D. alaa sama pulak dengan ayaqmasak ehehe.

saye masuk blog ini sebab debik malas betul nak masuk blog sy,nak harapkan dia masuk blog sy saje2 memang takde laa. penat je saye tulis komen kat entry2 dia tp dia balas satu je komen kat satu je entry sy - memang tak berbaloi rasanya tapi sy teruskan jugek memandangkan blog debik senang loading. apatah lagi bila debik buat peraduan macam ni, sy teringin nk try kot-kotlah menang barang 2 set yang rahsia tu.

eh dah berapa patah perkataan dah?

saya said...
This comment has been removed by the author.
saya said...

Jawapannya F

Saya masuk blog ini sebab debik DEBAB!!

p/s : 1 perkataan je babe.. kompom saya menang nih. mana hadiahh???

Titicaca said...

adeck punya komen cam BONAMA jek..geli geleman aku....hahaha..piiiirrraaaaahhh..

Mr PenyuBiru said...

la..mana aci. ko cakap kalu jawapan betul sama ngan pengomen sebelumnya,pengomen sebelumnya dikira menang. nie hari ni,ko cakap lain lak.mana aci. aku nak tarik diri ah..ape ah.. ko memang deleted by debik la !

NONIE AZIZ said...

Jawapannya: A

Saya masuk blog debik pasal debik suka ultraman..saya pun suka ultraman...Debik ni cute...kepala dia BESARRRRR muka dia kecikkkkkk ajer..Lagi satu saya nak bagi tau 14 September ulang tahun hari lahir saya..saya rasa Debik patut berikan hadiah tu dekat saya...

Debik...ko jangan lupa besday aku yeeeee...muahahahaha

NONIE AZIZ said...

oiiitttt...chuupp...aku nak betulkan slogan..

Saya masuk blog debik pasal debik suka ultraman..saya pun suka ultraman...Debik cute...kepala dia BESARRRRR muka dia kecikkkkkk ajer..Lagi satu saya nak bagi tau 14/09 besday saya.(30 patah perkataan)

Tapi aku suka slogan yang pertama lebih telus...kakakakaka

achik said...

jawapannya D

saya masuk blog debik sebab saya takut kena debuk.

oh2 aku setuju ngan titi. BONAMA sungguh slogan ad3ck.. hahaha..

Monster Mom said...

MM teka E.

Saya masuk blog debik sebab nak balas kunjungan ja.. tak sangka pulak dpt masuk pertandingan. Bai.

zino said...

ini jawapan zino..

saya masuk blog debik ni sebab debik pun masuk blog zino.. kira saling ziarah menziarahi lah..walau pun blog dia dah masuk dalam senarai blog "belum jumpo tapi dah lama senyap".. hehe

lepas ni kena keluarkan dari kategori tu.. hehe

Mr PenyuBiru said...

cess! hampeh punyer update!

ad3ck,jom kita debik debik!

Mr PenyuBiru said...

lalalala...lalalala...!
hip hip hooray!
hip hip hooray!

Jard The Great said...

adusss... aku terlepas peraduan ini plak.. kalo aku masuk konfem menang..huhu

Jard The Great said...

hmm... kalo aku sempat masuk ari tu.. jawapanku mcm ni...
Saya masuk blog debik sebab gambar profil dier sebijik mcm adik aku.. haha..