Monday, November 24, 2008

Cuti2 Malaysia...

..

UPDATED:

Tadi aku n titicaca membuat perjumpaan dengan Ayaq Masak. Bukan apa, aku sedang mendapatkan sokongan dari bahagian utara Malaysia dalam mencapai agenda2 yang dinyatakan di bawah. Gambar penjumpaan akan disiarkan dalam n3 akan datang.



Aku ke Penang hari ni utk bermesyuarat dgn puak2 superhero di sana. Aku kena mempengerusian majlis superhero sedunia kat sana manakala akak aku akan melaporkan projek2 mega yang akan dibangunkan di Planet Zargus. Antara agendanya adalah:

  1. Membincangkan kesan dan akibat dari tindakan budak dua makhluk ni, Si Mamat dan Si Minah.
  2. Membincangkan tindakan yang akan diambil untuk dijadikan pengajaran kepada budak berdua tuh.
  3. Membincangkan adakah perlu utk menakluk dunia ini sebagai tindakan menstabilkan kuasa politik di Malaysia.
  4. Membincangkan utk menternak penyu di Planet Zargus sebagai lauk di musim banjir akan datang.
  5. Hal-hal berbangkit.


Harap korang jgn membuat onar di dalam blog ini jika mahu selamat. Aku siarkan antara blogger2 yang selalu membuat onar di dalam blog aku ni. aku gunakan teknologi terkini utk merakamkan aktiviti mereka ni?


 
Mr. Adk


Miss. Ai


Mr. Pen


Mrs. Suuuuueee


dan Miss Janess



adios amigos~


...

Sunday, November 23, 2008

Macam2

...


Kini, Parti PAS bukan hanya utk rakyat Malaysia. Even Dato' Shah Rukh Khan pun dah mendaftar....
Apa maknanya? sapa tau?






Masa aku dalam perjalanan ke kampung halaman, aku singgah utk isi petrol. Kat sebelah tu ada kedai... Tapi aku rasa mcm ada tak kena je dengan kedai ni. Mcm kurang berkait...

Klik gambar utk tumbesaran yg sihat...



adios amigos~


...

Friday, November 21, 2008

Tag by Penyuborek Batrisyia Rintik

...


What were you doing 5 years ago?
aku baru start keje (posting kat Pahang)
.
What were the 5 things on your to do list today?
1. check email
2. repair kete
3. Training for jamming kat umah kawan
4. gi hantar mak aku ke Kuantan
5. update blog
.

What are 5 things that you do if you were bilionaire?
buat rumah, tolong family aku, haji, setup bisnes, melancong sengihnampakgigi
.
What 5 jobs you've had?
1 - kerja kantin sekolah (form 2)
2 - jual kat pasar malam (form 4)
3 - cikgu tuisyen (masa kat maktab)
4 - keje kat resort as sports-coordinator(tahun ke-3 U)
5 - keje ngajar n skrg blajar( insyaAllah abis May depan) )
.

Who are 5 person you want to tag?
1 - dia
2 - kamu
3 - mereka
4 - kalian
5 - semua yg baca blog ni

adios amigos~

...

Wednesday, November 19, 2008

Berita Sensasi

...


klik dan baca.. aku? no comment... cuma nak gelak jer...






p/s: sapa2 yang agak terganggu dgn n3 ini, aku mohon maaf...




adios amigos~


...

Tuesday, November 18, 2008

Politikus

...


Baru2 ni aku ke rumah kawan aku. Member aku buat kenduri aqiqah untuk anaknya. Besar gak la majlis dengan jemputan 1000 orang. Antara tetamu yang dijemput ialah ADUN kawasan kat situ sebab dulu sebelum jadi YB dia kawan kpd bapak kawan aku tuh. Aku bagi nama YB la senang. Maka terjadi la perbualan seperti berikut antara bapak kawan aku 'R' dan 'YB':




R: Assalamualaikum YB, jemput la. Terima kasih sudi datang.
YB: Waalaikumussalam... Besar majlis ko buat nih...
R: Sekali sekala. Sila la ke meja.
YB: Cucu yang mana cukur ni?
R: Anak pada menantu aku yang cikgu tu. (dulu YB ni bos kawan aku)
YB: Ooo..anak Nizam.. tiga orang la anak dia sekarang yek?
R: A'ah.
YB: Eh, orang rumah (wife) awak mana? Sibuk kat dapur ke? Dari tadi tak nampak muka.
R: Errr... bini aku kan dah meninggal dulu...



maka YB u pun terus ambik lauk dan makan. Perbualan terhenti di situ...


komen ku: YB tu terlupa kot sebab banyak benda nak kena ingat...



adios amigos~

...

Wednesday, November 12, 2008

Sindrom-sindrom Stress!!

..

Tanda2 anda menghadapi masalah @ stress...

Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur....... ......... ......... .........




Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala...... ......... ......... .......



Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik..... ......... ......... .....




Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan. ......... ......... ......... ..




Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat....... .......... ......... ......... ......... .(apahal korang tgk aku???)
'



Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat... ......... ......... .......




Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit...... ......... ......... ......... ......... .





Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan. ......... ......... ......... ......... .....





Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda......... ......... ......... ......... ......... ......





Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung... ......... ......... ......... ........





Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat...... ......... ......... ......... .....





Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit..... ......... ......... ......... ......... ......... ...





Ketigabelas: Anda sentiasa merasa ke hadiran tetamu asing....... ......... ......... ......... ......... ......... .





Keempatbelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas....... ......... ....





Kelimabelas dan akhir:

ANDA SENTIASA MERASA...... .. KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT....... ..... SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH........ ......... ......... .HE...HE. ....HE... ..



adios amigos~


...

Monday, November 10, 2008

...




Tengok gambar dulu....baru baca!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
These are signs in Japanese metro trains,
'Priority seats for ................',
From left to right:
1. Person with injured arm
2. Person holding a child
3. Pregnant woman
4. Person with injured leg


Not at all what U thought !!!




adios amigos~


...

Sunday, November 09, 2008

Gunalah NGV yang diiktiraf

...


Tong NGV pasang sendiri meletup - Seorang terbunuh, dua lain cedera angkara tong gas memasak diubahsuai


RAZALI menunjukkan tangannya yang cedera ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.





MELAKA – “Tiba-tiba saya mendengar bunyi letupan lalu keluar dari van tetapi kaki saya rasa sakit. Saya juga lihat Hailmi sudah terbaring di atas jalan.”

Begitulah pengalaman cemas seorang mangsa yang cedera selepas tong gas memasak yang telah diubahsuai menjadi tangki sistem gas asli kenderaan (NGV) untuk sebuah van meletup sehingga menyebabkan rakannya terbunuh dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Dato’ Seri Mat Zain, Batu Berendam di sini kelmarin.

Razali Md. Zin, 31, berkata, dalam insiden pukul 8 malam itu, rakannya, Muhamad Hailmi Ishak, 25, yang menetap di Duyung dekat sini terbunuh.

Hailmi mati di Hospital Melaka pada pukul 1.25 pagi semalam. Perut dan kaki kirinya hancur terkena serpihan kenderaan.

Selain Razali, seorang lagi mangsa, Muhamad Rosli, 29, iaitu abang Hailmi, cedera ringan tetapi dipercayai hilang ingatan.

Bercerita lanjut, Razali berkata, ketika kejadian, beliau duduk di dalam van manakala Hailmi dan Muhammad Rosli berada di luar kenderaan itu bagi mengisi NGV ke dalam tong yang diletakkan di ruang kaki van berkenaan.

Hailmi, katanya, mengisi NGV dari pintu kiri van miliknya itu manakala Rosli berdiri di belakang Hailmi apabila tong berkenaan tiba-tiba meletup.

“Nasib baik ketika itu saya meletakkan kaki di atas dashboard (papan pemuka). Jika tidak, tentu kaki saya cedera parah, mungkin juga mati,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.

Difahamkan, tangki NGV itu sama seperti tong gas memasak yang digunakan di rumah. Setelah diubahsuai, ia dipasang di bahagian dalam van berkenaan sejak sebulan lalu.



Komen aku:
Aku teringat kawan aku sorang ni guna NGV. Harap2 dia tak gunakan tong gas memasak sebagai tangki NGV tu.



adios amigos~

...

Thursday, November 06, 2008

Exam

...
edited: (salah tarikh, dah betulkan)


updated: Dengan macho dan bangganya aku melangkah keluar dewan exam 45 minit awal... sama ada aku dapat jawab semua.. ataupun...dah tak reti nak jawab apa..so, keluar je la.. hahahahha...


Apa tengok-tengok? Aku dalam keadaan stress ni. Aku ada exam 6,8 dan 12 November. So, maybe aku slow down memblog. Doakan aku leh jawab semua soalan dengan tersengih2 je sambil kenyit2 mata kat rakan sebelah.

stress

adios amigos~


...

Wednesday, November 05, 2008

Info Berguna Lagik!!!!

...

Dari blog Health-Tips,

Beware of KARPAL SINDROM for computer user

For you always worked by using Computer, Offence in the use MOUSE everyday,
Will result to KARPAL SINDROM! USE MOUSE NICELY AND TRUE!
Patient 's Surgery With CARPAL SYNDROME








How to avoid KARPAL SINDROM?









Hand exercise's















Komen Aku:
Dalam korang memblog ni, kena la hati2. Aku dulu masa tgh giler game 'Call Of Duty 4", pernah 4 hari takleh genggam tangan. Tangan rasa lemah je. Maybe sebab benda ni la. Alhamdulillah, pastu ok. Tu pun sebab game tu dah abis main.



Lagi satu, ni bukan Karpal Singh yang bagi nama penyakit ni tau!!!!



adios amigos~


...

Tuesday, November 04, 2008

Demi Puaskan Hati Korang...

...

Jawab tag ni kena jujur. ok, aku akan cuba jujur sejujur jujurnya. tiada yg tidak jujur melainkan jujur semuanya.


:: Rules ::
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.

2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture.

3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this



Selepas membaca rules ini, dengan sepantas kilat aku ambik henpon ku dan terus SNAP! SNAP!

dan inilah hasil gambar tersebut tanpa edit, (percayalah...jujur ni..)

.

.


.


.


.


.


.


.




(kalau nak tgk kepoyoan aku, klik gambar ni dan tgk website apa tu...hehehehe..aku kan dah insap...)


aku nak tag:


  1. Penyuhijau
  2. Greenturtle
  3. Penyumerah
  4. Redturtle
  5. Penyukelabu
  6. Greyturtle
  7. Penyukuning
  8. Yellowturtle
  9. Ninja turtle
  10. Ibrahim Samad Penyu (sapa ni ntah, aku main letak jer..)



adios amigos~


...

Peringatan... "Keystroke"

...


For your information……...be careful

HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...)
CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!





Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan dan sampaikan kepada sahabat handai.

Wallahua'lam…………….

Rujukan :
isuhangat




komen aku: Giler la sekarang ni. Macam2 cara nak scam org. Err.. kat mana ada jual benda nih?



adios amigos~

...

Monday, November 03, 2008

Cuti2 Malaysia Part 2 (season finale)

...
updated:


Info:
lupa lak nak bagitau... Di kawasan penetasan tu, telur yang dibiarkan berada di tengah2 panas akan menghasilkan penyu jantan.. untuk menghasilkan penyu betina, telur2 itu diletakkan di tempat yang teduh..

Kesimpulannya:
Err.. tak sampai hati nak buat kesimpulan. Kang ada orang tu marah aku lak...


..............................................


Assalamualaikum.. Kali ni aku nak sambung yg part 1 hari tu. Aku nak cerita pasal penyu. Bukan, bukann.. bukan penyupoyo penyubiru.. ini betul2 punya penyu. Tapi mungkin ada kena mengena dgn penyubiru tu.. try la tanya dia..



.................................................





Penyu ni ada macam2 jenis... yang kat atas ni.. Penyu Lipas (dah penyu, lipas la pulak..) atau nama saintifiknya Lepidochelys Olivacea. Merupakan penyu yang terkecil di dunia. Warnanya gelap. Bertelur pada Mac-Jun dan telurnya bulat dan lembik. aku bukan maksudkan telur penyubiru tau..

...............................................





Ini lak namanya Penyu Agar atau nama saintifiknya Chelonia Mydas. Dikenali juga sebagai Penyu Hijau. (Haa.. maybe sepupu Penyubiru ni....ataupun kaum Hulk yg warna hijau tu...). Warnanya coklat kehitam-hitaman. Makanannya dari rumpai laut dan bertelur pada April-September. Telurnya juga lembik dan bulat. Penyu ini adalah penyu yang banyak mendarat di Malaysia dan salah satunya kini menetap di Petaling Jaya, Selangor.

..............................................




Ni kawasan penetasan penyu. Kira macam bilik bersalin la untuk penyu. Takleh masuk sbb dulu ada org terpijak telur penyu.

.............................................




Ni pulak macam nursery untuk anak2 penyu.. Tapi aku rasa penyubiru tak hantar anak dia Batrisyia tu kat sini. Mungkin faktor jauh kot sbb nursery ni kat Perak, sedangkan penyubiru dok kat Selangor.


Ni la rupa anak penyu dalam kolam. Tujuannya untuk biar penyu ni besar sikit sebelum dilepaskan ke laut. Ini kerana, dari 1000 anak2 penyu yang dilepaskan, hanya 1 sahaja yang akan hidup. Burung helang dan ikan2 besar suka makan anak penyu ni. Oh ye, kenapa 'tangan' anak penyu tu ke belakang mcm tu? Menurut penjaganya, penyu buat gitu sbb keletihan berenang. So, nak rest la dulu. Buatnya krem kang...


Ini la pakcik pengasuh tu dgn pose anggun.


Yang ni saiz kecil.


Yang ni saiz sederhana.


Yang ni penyu paling senior. 7 tahun umurnya. Yang 11 tahun dah mati baru ni.


Kalau kita snorkeling pun kena buat tangan mcm ni gak..



Ni aku pegang Batrisyia eh, bukan..bukan... anak penyu yang remaja.

.............................................




Sukanya anak aku n sepupu dia jalan kat sini.



Dengan mama,


Dengan Atuk.


.....................................................





Ni tulang penyubiru penyu.


Kalau nak jalan2 kat sini, ni ha peta sebagai rujukan.


Info tambahan:
penyu boleh hidup di air laut tanpa air tawar. Ini kerana terdapat sistem dalam badan penyu yang boleh menapis air garam tersebut. Garam dan cecair itu boleh dikeluarkan melalui matanya yang kelihatan seolah-olah penyu itu menangis.

Kesimpulannya:
Penyubiru mungkin takde darah tinggi sbb boleh tapis garam lebih dan jika sapa2 yang pernah berjumpa penyubiru, then nampak dia menangis meleleh-leleh air mata, jangan panik... itu adalah kerana penyubiru sedang membuang garam berlebihan.





p/s: penyu, aku lupa la nak send batch ke-2 tu. Takpe, minggu ni gak aku pos kat ko.

adios amigos~



...