Sunday, March 04, 2007

Tahukah anda...?


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.


4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin
dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan
khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula
dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan
Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan
yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh
hanya biasa digunakan room dot dot dot)

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.

15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

16 comments:

Mr PenyuBiru said...

ha ha ha ...

Titicaca said...

hahaha..aku rasa no.8 tu kena betul dgn cicakman...err..penyu kalau nak menyelamatkan diri kena putus apa ye? heheh

weAr said...

no.3?

blackpurple said...

Owhhh..barulah aku tahu...Aku suka yang last tu. Tepat !!!!!!!

ontahsapo said...

tahu yg last tu jer...

debikdebuk said...

penyu:
hi hi hi

tiitcaca:
penyu tau nangissss jerr... bila 'telur' kena ambik.

wear:
no.3 terpaksa didelete sebab blogger ada yang bawah umur...

blackpurple:
Ko baru tau yang last tuh??? so, aku tujukan untuk ko la..

ontah:
ko pun samer la dengan blackpurple....

zino said...

siapa yg mengkaji ni?..

debikdebuk said...

zino:
sapa lagi ahli kaji...aku laa.... pasni aku nak mengkaji tubuh badan ko lak...buleh???!!!

kakLuna said...

wah yang last tuh sungguh menikam kalbu...

debikdebuk said...

kakluna:
yesss...terasa gak tau....malu rasa hidup kat dunia ni. dah la tumpang duduk je..

13may said...

hahha.....
baru aku tau.....

tedungS said...

ha ha ha ha uhuk

ko ni mmg dah tkde keje la ni

ad3ck said...

aku da tau da semua neh. sebab ko gtau la haha.

ween said...

ha ha ha...

debikdebuk said...

13may:
Tahukah kamu yang kamu sebanarnya baru tahu?

Tedungs:
Kadang2 ni la keje aku... tak dapat gaji pon..

ad3ck:
Tu la ko...kalau tak bagitau..tak tau sampai bile2. Ko tau tak yang spender ko tu tak basuh sebulan? Hah...baru tau ke?

ween:
ho ho ho...merry christmas...

big_bigger_biggest said...

Terharu sungguh bila baca tahukan anda bab yg ke'last' tuh. Terus gi toilet amik semayang aku. Tipah....serban aku mana daaa ?