Aku ambik dari member yang forward kepada aku...
1. 80% jalan cer ita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak- anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi
Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.
2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished.
Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home
work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).
3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi
pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai
bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul
cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".
4. Kalau cer ita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING,
tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen
kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).
5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog
wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan
ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).
6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau
lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab
atau Mak Jah.
7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak
pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar,
tutup pintu pagar.
8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah
sampai part sadakallah hulazim. ( Cover lin e kot ).
9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan
pakai bracelet.
10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.
20 comments:
haha, teringat satu drama melayu- mungkin 5-6 tahun lepas..
- adegan di coffee house (tipikal)
- ada dua org bercerita tentang bisnes (tipikal)
- minum kopi
-camera focus kopi tu je..
-lame plak tu!
-rasanya kopi tu dah sejuk pun, muka diorang sipi-sipi je tunjuk, bengong..
tapi ada la sikit improvement sekarang, tak banyak pun sikit.
azrul:
nak tunjuk konon2nya org melayu pun kaya semuanya... try tengok Bersamamu...
lagi 1..
kenapa yusuf haslam suka buat adegan termenung dekat putrajaya ek??
hahha, aku ada lagi, kalau cerita melayu, pregnant 2-3 minggu dah boleh tau anak laki ke pompuan, kalau jadi lawyer, facts dia tah apa2.. nak buat drama nak suruh orang tgk tapi memperbodoh2kan audience.. apa ingat org kita bodoh sgt ke??? do some research lah woi, jgn buat crita ikut sedap kopi je!! ITU YG NAK KITA PI TGK WAYANG MELAYU TU *uih marah pulak aku* and another thing.. mana kakak ko ni??? *hilang ke? baik ko pi check*
marah si ween tuh hehe. sebab tuh laa kebykkan chiter melayu yang masuk wayang ku tak tgk. tunggu raye je haha. tipikal dan pridiktabel hehe. ha'ah laa. per chiter akak ko tuh? hening dan sepi je??
selain mak jah n mak nab (betui ke mak nab), nama glemer utk org gaji adelah mak yam.
kalu pasal masakan kegemaran,mesti masak lemak cili api.kalu kena penyakit,mesti penyakit barah
kalau tak barah otak mesti leukemia.. ;p
kalo tak leukimia musti kena penyakit yg paling sadis..cam drama raksaksa kat tv..hahaha
pastu, kalu dah malang tu..malaaaaaaaaaang la sampai kesudah...konon nak bagi penonton sedih la..sedih hape..baik tak kena tempat, lagi aku menyampah ada lah..baik aku layan CSI...
yeahh,...sgt sokong dgn komen2 diatas...
skang pun watashi dh kureng layan citer tv
*sebenarnya takde masa sbb boringgggggg
oooooooooooooo............ok gak 2...hi3
kalo kaya, memang kaaaaaayaaaa sgt, kalo miskin memang suuusaaahh gile, kalo baik tuh, memang baiiikk sungguh2 (baik ke bodo?), tp kalo jahat, memang jahat nak mamposssss.. satu lagi kalo kene timpa nasib malang, sampai ke sut jer la malanggggggnyer. Ala, 2x5 je ngan citer indo skang. Huh!!
setuju ngan nur@dden..
kalo jahat memang jahat nak mapos..
kalo baik, baik sangat..
oppss..bukan baik..
tu bodo namanya..ikut jee apa si jahat tu nak..
melawan laa sikit oii...apa bior je orang pijak kapla kita??
huh..
hihihi, skrip ulangan ek. selamat menjalani ibadah puasa
Salam Ramadhan.
Sebab itu aku suka...eh silap! tak berapa suka tengok cerita Melayu...he he he!
Salam Ramadhan.
Semoga kita sama-sama dapat menghayati keberkatan Ramadhan dengan sebenar-benar penghayatan...
no. 8 tuh, ko, tak baik!! ha ha
senang cerita, cerita melayu nih semua pasal orang kaya yang bermasalah. Dah la pelakon kayu..
haaa..satu lagi..
Walau macam mana tua pun pompuan tu, walau scene tu dia membasuh, menyapu halaman rumah atau sedang sakit tenat...kening tetap taraaaahhh!!!!
aku ada baca e-mail tu...sumenya masuk diakal..lagi mau kita sokong filem melayu yang mcm hampesss...Oppsss,sori..
nak makan pakai make up, nak tido pakai make up, nak sembahyang pun pakai make up!
yang miskin pun camtu, yang kaya apatah lagi..
Post a Comment