Thursday, July 10, 2008

Macam2 Cerita

...

HAJI

Ibadat haji merupakan rukun Islam kelima. Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :
" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".

UMRAH

In Arabic the word `Umrah is derived from I`timar which means a visit. However, `Umrah technically means paying a visit to Ka`bah, performing Tawaf [Circumambulation] around it, walking between Safa and Marwah seven times. A performer of `Umrah puts off his Ihram by having his hair shaved or cut.




Nabila
(artis Malaysia) ketika menunaikan umrah baru-baru ini... Seronok tul nampaknya kan...





Ini pulak surat cinta dari seorang lelaki kepada seorang perempuan. Kata2 yang penuh puitis...





Assalamualaikum Cik Janna Syariza,


Diharapkan agar kehadiran surat ini tidak mengganggu hidup saudari.Saya hanyalah seorang insan hina pada pandangan Khairy Jamaluddin yang mengumpamakan saya seperti seekor beruk.Oh,harap maaf.Terlupa pula saya bertanya khabar saudari.Apa khabar?Harap berada dalam keadaan sihat selalu.

Akibat daripada tragedi yang telah menimpa saudari dewasa ini,saya amat berharap agar saudari dapat bertenang dan dapat membuat pertimbangan waras mengenai masa depan saudari.Tujuan saya menulis warkah hina ini hanyalah untuk meyakinkan saudari supaya saudari tidak menyesal kemudian hari kerana tidak memilih saya sebagai teman hidup.

Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang berumur 27 tahun.Saya mempunyai kerja tetap (saudari perlu ingat,wujud kes2 dimana isteri menanggung suami) dan ini menunjukkan saya adalah seorang yang stabil dan mempunyai masa depan yang boleh dikatakan agak cemerlang,gemilang dan terbilang.

Saya dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di merata-rata tempat.Kata ibu saya,saya juga pernah dibesarkan di Rembau tapi semenjak Khairy Jamaluddin menjadi Ahli Parlimen Rembau,saya agak malu mengaku saya mempunyai kampung di Rembau.Seperti kata peribahasa,kerana najis mughallazah setitik habis semua najis mukhaffafah jadi najis berat.

Saya telah selamat menamatkan pengajian saya pada tahun 2004 dan kini sudah hampir 4 tahun bekerja.Walaupun pekerjaan saya sebelum ini agak tidak menentu tapi alhamdulillah kini saya mampu untuk sekurang-kurangnya membelanja saudari makan (kalau Cik Janna sudi)

Cik Janna,
Kisah hitam yang berlaku haruslah Cik lupakan.Buang yang keruh ambil yang jernih.Saya dengan ini mengakui yang saya tidak pernah diliwat oleh sesiapa pun,itu adalah kelebihan saya.Sudah pasti Cik Janna juga inginkan seorang suami yang tidak pernah diliwat oleh mana2 lelaki mahupun sebatang timun?Tidak pernah pun saya membenarkan seorang lelaki yang sudah berumur menyentuh tubuh saya.Jikalau ada pun lelaki yang cuba memperkosa saya sudah pastilah saya mampu menentangnya kerana come on la,saya 27 tahun lawan dengan lelaki tua umur 60 tahun yang ada sakit tulang belakang,mestilah saya menang kan?Dari segi kekuatan fizikal saya adalah pilihan terbaik Cik Janna.

Sebelum saya terlupa,di sini saya sertakan sedikit butir2 peribadi saya dengan harapan agar dapatlah Cik Janna pertimbangkan untuk dijadikan pilihan hidup Cik.

Nama : Man
Umur : 27 tahun
Alamat : Kuala Lumpur
Makanan Kegemaran : Nasi Ayam
Minuman Kegemaran : Teh Ais
Hobi : Mengumpul setem dan menulis
Cita-Cita : Menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri selama-lamanya
Impian Hidup : Mendapat tempat dihati saudari

Saya mempunyai impian ingin berkeluarga dan saya sudahpun memilih nama anak-anak saya nanti (jika saudari tak keberatan menerima permintaan saya ini) Jikalau anak lelaki saya ingin namakan dia Najib.Jika anak perempuan saya ingin benar nama anak kita nanti Rosmah.Mungkin kalau rezeki kita murah nanti,anak yang ketiga (harap2 lelaki seorang lagi,saya ingin benar anak lelaki 2 orang) akan diberi nama Sharibuu.Diharap saudari dapat menggambarkan betapa bahagianya kita berdua keluar bersama-sama 3 anak kita nanti,Najib,Rosmah dan Sharibuu berkelah di Kolam Suria KLCC.

Dengan ini saya amat berharap agar saya tidak bertepuk sebelah tangan.Petimbangkan permintaan saya ini,Insya Allah saudari tidak akan berputih mata.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Ikhlas menyayangimu,
Mantot






p/s: Janna Syariza adalah tunang kepada seorang mangsa liwat...





Batu nesan dari sahabat yang terasa kehilangan rakan baiknya







Jangan la buat gini kalau marahpun kawan ko tu...





adios amigos...



...

12 comments:

Mr PenyuBiru said...

haha..haha..haha..

tapi realitinya perkara camtu terjadik kat M'sia tercinta ni yer.

ntahle..

debikdebuk said...

aku pun dah tak paham sgt dgn Malaysia skrg nih...

kakLuna said...

apa lagi ultaraman...kumpulkan kawan2 hang seperti mebius, zed, tiga, dyna, gaia,taro dsb..utk memfire mereka secara berjemaah

Mak Su said...

wah... kali ni mmg aku malu nak ngaku aku ada kampung kat rombau (seb bek lain ejaannyer)

debikdebuk said...

kakluna:
dalam perbincangan

mak su:
ehh...yang ni bukan kat M'sia.. kat sana nuhh...

TedungS said...

mcm amy mastura pun ada. aku yg tk diliwat pun boleh masuk mengurat kot... heheh

debikdebuk said...

tedungs:
tapi, mungkin minah ni suka lelaki yang dah diliwat... melepas la ko...

achik said...

oh2 aku terkujat tgk gambar Nabila tu.. biar betul??!!

a'ah la.. sekali pandang cam muka Amy Mastura..

yg last tu, hahaha..

blackpurple @ jowopinter said...

Ha ha ha!

Aku tak nak komen apa-apa. Aku nak bersangka baik jer. Ha ha ha!

debikdebuk said...

achik:
seronok dia ke mekah...

blackpurple:
aku pun dah cuba bersangka baik...

ad3ck said...

ape yang seronok sangat si nabila tuh ehehehe. dapat award sbb pi umrah ke? ;p.

Hana-Ni-Mo-Nai2 said...

politik malaysia skang dah jadi pentas drama