Saturday, April 07, 2007

Jika mereka tidak jadi Superhero...

Setelah aku membuat kajian..maka inilah hasil yang aku dapat....

SUPERMAN
Sudah pasti menjadi budak penghantar surat atau poslaju kerana sifat terbang-terbangnya. Syarikat pertama yang akan meng'offer'nya kerja ialah syarikat poslaju UPS.

SPIDERMAN
Pencuci tingkap bangunan separuh masa kerana kerja tetapnya ialah sebagai PEREKA LAMAN WEB atau WEB DESIGNER. Ini kerana tangannya boleh mengeluarkan 'web' atau jaring untuk dijadikan benang menjahit baju.

BATMAN
Membuka kilang baja tahi kelawar. Batman senang je dapat sumber taik kelawar kerana dia akan merasuah member-membernya(kelawar) dengan memberi darah haiwan lain supaya kelawar tersebut mudah hadam dan berak dalam kuantiti yang banyak.

CATWOMAN
Pembantu pest-control(penghalang binatang-binatang jahat seperti tikus,lipas dll). Kecekapannya menangkap tikus sudah pasti membuatkan tikus-tikus lari dari tempat kediaman. Namun kelemahan si catwoman ni bila orang ada garu dagunya..mesti dia gatal cam kucing.

DAREDEVIL
Akan menjadi badut pasukan Manchester United dengan memakai kostum RED DEVIL kemudian berlari-lari sekeliling padang dengan riang kerana dia tetap jadi devil walaupun dia tak jadi superhero.

HELLBOY
Pendakwah bebas. Dia berdakwah kepada orang ramai supaya jauhkan diri dari neraka kerana sengsaranya pengalaman dia hidup kat neraka.

THE PUNISHER
Hakim sepenuh masa di mahkamah tinggi Amerika. Ini kerana sifatnya yang suka menjatuhkan hukuman(punish).

ROBOCOP
Jadi tokey besi buruk kerana sudah pasti dia akan menjualkan besi-besi kat badan dia.

ULTRAMAN
Membuka kedai sup daging raksaksa seperti sup ekor, sup taring dan sup sirip rasaksa. Ini kerana selepas berlawan dengan rasaksa sudah pasti daging berselerakan. Namun khabarnya, kedai sup ultraman tiada pelanggan di bumi melainkan di Planet Zargus memang laku giler.

WOLVERINE(X-MEN)
Pencukur rambut profesional. Pisaunya yang banyak tu mampu mencukur seluruh badan kambing dalam masa 0.05 saat je mengatasi baju gaban.

GABAN
Menjadi penjaga keselamatan di tasik Raban(Perak)macam baywatch tu. Ini kerana naga gaban sudah tenggelam dalam tasik tu. Naga tasik cini tu khabarnya adik sedara naga gaban.

M.RAJOLI
Eh..dia ni superhero ke...aiseee..silap orang laa..kekekekekkekek

26 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

M Rajoli tu hero la, hero Wan Chik..ha ha ha...

debikdebuk said...

Hero kopi apa tu...lacinda? hahahahaahha....

Anonymous said...

ultraman
kalu dia tak jadik hero dia jadik autaman kat petaling street.

weAr said...

ptut ar x laku sup tuh..ko tak sembelih..men kutip jer daging bersepah..

ween said...

eiii, ape yang ko merapek ni debikkkkkkkkk!! hapdet hapdet!!

debikdebuk said...

penyu:
lupa nak masukkan penyuman... penyuman akan jadi penyeludup penyu seperti yang keluar paper baru ni...

Selamat kembali...


wear:
xsembelih sebab non muslim yang makan...

ween:
ko ni jadi sup jugak kang!!

Unknown said...

dasat gak depa2 neh.. tak jadi superhero.. tapi depa tetap hero laaa

Titicaca said...

huh, klau cam tu hero Flash tu, kalau dia tak jadi Flash jadik hape agaknya hmmm..(garu2 dagu)

Masy said...

kalau cicakman, keluang man, man bai, mantol, man toba, mandrem.

lasindah oo cafe lasindaaaah

Masy said...

(psst titicaca, Flashman tu jgn jadik flasher dah laa wakakakakak)

Titicaca said...

tepat sekali jawapan ko tu Masy..hahaha

debikdebuk said...

lindosh:
sekali hero...hero selamanya...

titicaca:
FLASHer la kot...

masy:
ko ni ada kena mengena dengan M.Rajoli ke? heheheheh...
Flasher?? hahahahahah.... betul tu...

zino said...

mana hero malaya? asyik hero org putih je.. hehe

me3n said...

aku muskil apsal ko nak letak nama Rajoli. adakah ko nak jadik cam dia haha. Lasida~ la cape~. ahaha.

debikdebuk said...

zino:
aku taknak letak cicakman tu...

m.rajoli tu sempena ingatan aku terhadap ko.. hahahah

kakLuna said...

m.rajoli kata kalau dia tak berlakon jd superhero gatal, anak2 dia mati kebulur..takkan nak jadi perompak pulak

ween said...

oit debik! ko nak sup kan aku kan? sup tulang ke? gearbox ke? sup hape?

debikdebuk said...

kakluna:
dia boleh semua. Jadi ustaz buleh...jadi gangster buleh... jadi laki gatal lagi la buleh...

ween:
aku teringin nak letak straw kat siku ko!

Anonymous said...

kluang man tadak ka??
tu la hero tempatan..
ekekkekeke

Led said...

tak silap aku, M rajoli jadik ustaz byk kat drama...

debikdebuk said...

ruru:
keluang man tak daftar lagi laaa...

led:
bukan setakat ustaz je...ajaran sesat, perogol, laki gatal...semua dia buleh...

areyoung said...

Geli aku tgk iklan yg m rajoli berlakon tu. Yuck!

debikdebuk said...

areyoung:
Geli ke suka? dia kan hero.. heheehh

VitAmiN said...

saya tak mau jual t**k sendiri!!batman membantah!!

TedungS said...

ele, otromen tu kena patukan aku mesti hilang power dia tuh

debikdebuk said...

lizaleen:
terimalah kenyataan dengan hati terbuka...

tedungs:
kitorng guna antivenom terkini...