Monday, November 27, 2006

Mana Satu Bentuk Badan Ku...










Bentuk badan memainkan peranan jugak rupanya dalam hidup kita. Macam aku, bila orang tengok badan aku je, dah orang kata boleh ke debik tu lari? Tak semput ke dia. Ye..aku akui badan aku tak le slim sangat sebab aku memang kuat makan. Tapi bercerita tentang badan ni, aku nak korang tengok pelbagai bentuk badan yang sesetengah orang suka. Ada juga yang suka membina otot badan tak kira la sama ada laki atau pompuan. Tetapi ada orang bahagia dengan bentuk badannya sekarang.

So, sekarang kalau korang nak tau adakah badan korang tu dah kira hebat, korang buat la test ni. Test ni biasa digunakan. Maybe korang ada yang kurus sangat atau berat sangat.

Binatang pun mengalami masalah berat badan gak.(macam dalam gambar). Binatang macam tu selalunya ada penyakit jantung ataupun diabetes.


Apa2 pun korang try la dulu kira Body Mass Index (BMI). Semoga kita sihat hendaknya.. (macam kenal je muka ahli sumo tu ek..) Korang leh gak tengok http://www.halls.md/body-mass-index/av.htm


p/s: sori la kalau ada yang kureng senang tgk gambar2 ni.

Superhero zaman dulu2






Aku masa kecik dulu minat sungguh dengan Batman. Time tu memang Batman ni adalah penyelamat dunia la kiranya. Memang berbeza Batman dulu dan sekarang. Korang lihat sajalah gambar Batman tahun 1966. Masa tu aku pun tak lahir lagi. Smart dan macho habis..
Seperti biasa, hero mesti ada musuh... tapi dalam gambar ni ada musuh yang aku macam kenal je.. tu...yang jadi Mr.Ridler tu.. macam ad3ck kan??? atau mata aku yang kompiusss...


zzzzz.....


Wednesday, November 22, 2006

Nape la aku tak pegi toilet time exam tadi???







Hari ni aku exam. Baru hari ni paper last. Lepas exam aku pun nak pegi la toilet lepaskan hajat. Toilet tu dekat area2 dewan exam tu jugak. Ko tau apa yang aku nampak. Mesti korang tak tau. Ni yang aku nak citer ni. Aku nampak........ nota untuk exam dalam toilet tu. Maybe subjek lain kot. Aku pun check la, rupa2nya...subjek yang aku ambik tadi. Bukannya toyol...tapi satu buku terusss...
Astagfirullah.....


rugi pulak rasanya tak buat2 pegi toilet time exam tadi... hehehhehe... tangki tu siap ikat dengan tali rafia lagi...kalah tandas putrajaya...

Friday, November 17, 2006

Assalamualaikum... Ni foto aku sebelum memulakan pertarungan dengan rasakse kat tanah melayu. Aku berjuang demi untuk melindungi kalian semua tanpa korang sedari. So, patutnya terima kasih la kat aku ni.



Tapi...sebelum memulakan pertarungan kena la minta restu dari ibu dulu... berkat itu la yang membuatkan rasakse gerun dengan aku...termasuk resakse ad3ck...


Saturday, November 11, 2006

Pertarungan di Aidilfitri...


Seperti yang aku janjikan... Inilah foto aku dan titicaca... Kejadian ini berlaku pada pagi raya.. jangan bimbang...kami tak cedera... titicaca je ada luka2 sikit... Aku minta maaf la kalau foto ini mengganggu kehidupan harian korang... Sekurang2nya aku dah tunaikan janji aku nak tunjukkan foto yang tak kabur lagi pada korang kan...


p/s: Susah tau aku dan hubby titicaca cari topeng muka ni.

Monday, November 06, 2006

Aku,Isteri,Anak...


Sempena hari raya tahun ni, aku dengan gembiranya menayangkan gambar aku,isteri dan anak aku untuk tatapan bloggers sekalian. Ermmm..nampaknya ada masalah sikit dengan kamera aku ni. Tu yang gambar tak la berapa clear sangat kot. Anyway..itulah aku... Ini gambar raya pertama aku dengan anak aku yang lahir pada 1 Mei lepas. Ok la.. mesti korang nak enjoy dan tatap muka aku puas-puas...so aku taknak ganggu korang semua... Adios,amigos,senorita..




p/s: Entry akan datang, aku akan paparkan gambar aku dengan titicaca beraya di kampung untuk tatapan semua. Kali ini betul punya. Aku paparkan wajah aku dan titicaca secara real. Jangan lupa masuk entry aku tau....