Tuesday, November 06, 2007

Fakta atau Auta?

.....................

fakta atau auta ???


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.


13. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.



..................

24 comments:

hajarss said...

13. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.


hahahampeh.. mmg aku try pon.. sib baik aku x try bina helikopter dgn meminum sirap.. kehkehkeh

debikdebuk said...

hajarss:
hahahha...

me3n said...

ku tak try pong sentuh telinga dengan siku tuh. sbb dulu da penah try. sah tak sampai! ;p.

Masy said...

sibbaik penah baca, so xde le try hohoho.. tp mana tau org wt elikopter minum sirap? ntah2 dia minum kopi ke?

debikdebuk said...

ad3ck:
mujurr....

masy:
eh, 65% dari pembuat helikopter minum sirap ketika bekerja. Kajian dari 13may...

Shumierain said...

t'sgt la informative..cam maymay yer lak...

kalu lempang gan tempang lak cam ner ha..ader x aderkah utk ni..

DeeN said...

Owh! Auta, auta, auta hak hak hak!!

Mak Su said...

Lailahaillah, Muhammadar rasulullah... untuk no 12 selama ni haku hengat zuhud.. ghopanyer orang utan... ahaks ... lariiiii

Mak Su said...

aik? aku tulis pun tak betui... ish ish ish.. .sori sori

Titicaca said...

banyak la auta ko...how I WISH...hehehehe

nina~syazna said...

hahahaha....
aku pun try jugak
sahih memang tak bleh sentuh telinga dgn siku sendiri ..
kalau pakai siku orang lain bleh laaa

zino said...

sape punya kajian ni hehe

Kurma2Biji said...

terima kasih kerana memberi fakta yang jelas...
sebelum aku tak pikir yang pekerja helikopter tak leh wat keje kalau tak minum sirap..
tima kasih banyak debik debuk....
boleh tak kalu saya pinjam sat fakta ni...????

Kemat said...

tentu tokey sirap bangga baca catatan nie, walaupun sekadar jual sirap, sumbangannya dalam dunia helikopter cukup bermakna

suriani said...

engko tau tak bahawasanyer engko adalah seorang yang kelakau sesangat!

ween said...

ahahhahahhahhahahahah
hahhhahhahahhahaahhah
ahhahhahahhahhahhahah

kelakaaaaaaaaaaakakka

LadyTiz said...

telinge sendiri tak boleh menyentuh siku.
hehe... patut la mak saya suka sentuh telinga saya... pastu jerit.. "addooii!! sakit la."

pandagumuk. said...

x try x try :P

Anonymous said...

memang auta!!

achik said...

hahahahaha..

seb baik aku tak try sentuh telinga guna siku.. x termasuk dlm statistik.. ;)

Super Nia Hana said...

watashi tak pernah try ok..!!!!
tp dulu terkantoi gak la..ahahaha

Anonymous said...

Aku dak eek.

Dah jenuh dah dengan lawak siku tu.
Tapi yang ni bahse melayu, kira hampir hampir jugak laa tadi.

Anonymous said...

camne lak kalu sentuh telingga guna kepala lutut belah kiri? hah, jawab..jawab..

13may said...

meh aku sentuh telinga hang ngan siku aku..

hahha hahha :D