Monday, December 18, 2006

Superhero Council Annual Meeting 2006



SUPERHERO COUNCIL ANNUAL MEETING 2006

Tarikh :

  • 15 Dec 2006

Tempat :
  • Zargus Huge Hall, Planet Zargus

Kehadiran :

  1. Atromen Debik (Presiden Tetap)
  2. Atrowomen Titicaca (Timbalan Presiden)
  3. Batman Lizaleen (S/U)
  4. Poison Ivy Ween (Bendahari)
  5. Cicakman Ezad (Ketua Keamanan)
  6. Ketua Sektor Superhero
  7. AJK-AJK Superhero
  8. Ahli-Ahli Senior Dan Junior

Agenda :
  • Permohonan Pengesahan Superhero Baru
  • Kawasan Yang Berjaya Dipulihkan
  • Pendedahan Wajah Superhero
  • Hal-Hal Berbangkit

(minit mesyuarat seterusnya adalah rahsia Superhero Council)


Foto di atas adalah foto mesyuarat yang telah diadakan baru-baru ini. Ketika ini Atromen Debik sedang memberi ucapan aluan. Kelihatan seorang Atromen masih memakai topeng Atromen walhal beliau sendiri dah Atromen. Maaf kerana kami dapat menyiarkan foto ini sahaja kerana arahan dari council.

Friday, December 15, 2006

Maafkan aku sahabat...Aku kecewa...

A'kum semua...

Since you all rindukan aku....aku akan tunjukkan beberapa perkara yang amat mengecewakan aku sepanjang aku berada di Perlis... Ko perhatikan gambar yang telah aku rakamkan. Kadang2 rasa bangga dan kadang2 rasa terhina apabila melihatnya... Aku xmahu ahli keluargaku dipermain-mainkan... Sebab itulah aku lama tidak mem'blog'. Aku berada di kampung untuk membincangkan tentang kebiadaban ini.

Aku minta maaf la sebab lama tak blog. Tapi aku rasa aku perlu pergi memaklumkan pada ahli keluargaku yang lain. Aku ada bincang dengan titicaca, dan dia minta aku yang uruskan semuanya sebab aku lelaki. So, nak tak nak...kena la aku handle...

Aku juga nak mohon maaf sekiranya ada juga yang tidak puas hati apabila aku tunjuk gambar ni. Harap kita semua dapat bersabar...

http://i133.photobucket.com/albums/q58/debikdebuk/Ultramanssss.jpg

Friday, December 08, 2006

Ultra Family

Foto Titicaca sebelum bertarung dengan 3 orang rasakse sekaliguss..



Untuk memenuhi tuntutan lizaleen, aku dengan ini menayangkan jugak foto salah satu ahli keluarga aku yang merupakan superhero. Inilah titicaca sewaktu kanak2 dulu. Beliau suka bergambar dengan rasakse sebelum 'fire' rasakse itu dan menewaskannya. Pakaian yang dipakainya itu adalah pakaian untuk mengaburi pihak lawan. So, harap2 lizaleen berpuas hati.

Monday, December 04, 2006

Teruja...

Pada setiap tahun, semua kolej akan buat dinner kolej tahunan secara bergilir2. Aku dan bini aku tak terlepas la untuk join. Kalau boleh setiap dinner aku nak pegi walaupun rumah aku kat satu kolej ni je. Ye la, seronok apa dapat makan2 best dan selalunya aku bertuah sebab mesti dapat hadiah cabutan bertuah. Berbaloi la gak bayar dalam RM10 je tu. Member aku kat kolej2 lain tu memang selalu jemput aku sebab selalunya memang aku akan join.

So, pada satu hari ni...aku terbaca satu iklan kolej yang nak buat dinner kolej. Bayar RM10. Aku masukkan nama aku dan wife aku. RM20 la kena bayar. Ada cabutan bertuah. Hadiah cabutan utama 15 buah handphone *ok*a yang berharga RM1200 setiap satu. Yang lain2 tu ada hamper, basikal mountain bike, pendrive, gitar elektrik dan macam2 lagi. Best giler....

Hari yang ditunggu2 pun tiba...aku dan wife berpakaian sedondon kuning untuk ke majlis. Mulanya bini aku taknak gi tapi aku kata aku dah bayar ni. Nanti rugi. Pada malam tu aku spray wangian yang boleh dihidu dalam jarak setengah batu. Beberapa kali aku belek2 muka aku supaya kelihatan segar dan ceria. (Maklumlah...nak menang handphone). Sebelum aku bergerak sempat jugak aku snap 2,3 keping gambar aku dan wife. Jamuan itu bertempat di Dewan Besar U**... Masanya telah tiba...

Dengan berjalan berpimpin tangan, aku dan wife menuju ke majlis. Memang ramai orang kat situ. Aku disambut oleh penyambut tetamu yang memang mesra. Aku pun hulurkan kupon dinner. Penyambut tetamu tadi terkebil2 membelek kupon tu. Kemudian dia panggil ketua dia. Ketua penyambut tetamu tu datang ke arah aku. Maka dialognya seperti berikut:

Ketua: Assalamualaikum

Aku: Waalaikumussalam

Ketua: Ini VIP Guest ke?

Aku: Ntah la, rasa macam tetamu biasa je.

Ketua: Ooo..ye ke.. sekejap ye. (Ketua tu pun panggil sorang lagi kawan dia, kawan dia pun datang)

Kawan Ketua: Maaf ye encik, malam ni dinner kolej A*****, kupon yang encik bagi ni untuk dinner kolej B*****. Dinner kolej B***** dah lepas malam semalam.

Aku: Ye ke? Tengok kupon... Laa...saya tersalah ambik kupon la ni. Kupon ni dinner yang saya pergi semalam. Saya nak pegi ambik kupon jap. Tertinggal dalam kereta la ni kot.

Aku pun panggil wife aku. Wife aku terpinga-pinga tanya kenapa?kenapa? Aku diam je dan suruh masuk dalam kereta. Then aku cerita la kat wife aku. Terbahak-bahak wife aku gelak sampai berair mata dia. Aku dengan malunya start kereta dan blah terus dari dewan tu. Mujur la parking kereta tu jauh dari dewan. Tak pernah aku rasa malu tahap tu. Macam mana aku boleh tak sedar yang aku dah terlewat satu hari ke majlis tu??? Ntah2 wife aku tau sebab tu dia taknak pegi asalnya??? suspek,suspek...Maka hari itu, rugilah aku RM20 dan terpaksalah aku lupakan niat untuk menang handphone tu...

moral: Jangan terlalu teruja melampau-lampau. Nanti makan diri!!!

Friday, December 01, 2006

Cerita satu petang...




Bini aku dan adiknya pergi mencari makan petang sebab aku teringin nak makan pisang goreng. Then hala balik tu adik dia nak drive la kereta sebab bini aku nak pegang baby. Bini aku nampak satu gerai ni. Macam jual pisang goreng je lagaknya. Suruh la adiknya buat-buat lalu kat depan gerai tu slow-slow. Adiknya ni (baru dapat lesen) berhenti betul-betul depan gerai tu sampaikan dapat capai benda yang ada atas meja gerai tu. Rupanya orang tu berniaga ayam goreng. Terjadi la dialog seperti berikut:



Tauke: Ye adik nak beli ayam goreng? (siap pergi ke cermin kereta)


Bini aku: Beli dua. Paha satu, dada satu. Sos lebih ye.


Tauke tu pun ambik ayam. Bini aku bayar la.

Hala balik diorang ni gelak sakan sampai baby aku pun terpinga-pinga... Yang aku respeknye bini aku tu cover dengan selamba je buat konon-kononnya nak beli sangat ayam tu. Siap mintak sos lebih! Dan hari tu aku pun makan ayam la menggantikan pisang goreng tak lupa pada tauke tu pun untung jugak untuk hari tu...

p/s: macam mana aku nak diet??? (alasan aku memang kukuh kan?)

zzzzz.....