Monday, December 04, 2006

Teruja...

Pada setiap tahun, semua kolej akan buat dinner kolej tahunan secara bergilir2. Aku dan bini aku tak terlepas la untuk join. Kalau boleh setiap dinner aku nak pegi walaupun rumah aku kat satu kolej ni je. Ye la, seronok apa dapat makan2 best dan selalunya aku bertuah sebab mesti dapat hadiah cabutan bertuah. Berbaloi la gak bayar dalam RM10 je tu. Member aku kat kolej2 lain tu memang selalu jemput aku sebab selalunya memang aku akan join.

So, pada satu hari ni...aku terbaca satu iklan kolej yang nak buat dinner kolej. Bayar RM10. Aku masukkan nama aku dan wife aku. RM20 la kena bayar. Ada cabutan bertuah. Hadiah cabutan utama 15 buah handphone *ok*a yang berharga RM1200 setiap satu. Yang lain2 tu ada hamper, basikal mountain bike, pendrive, gitar elektrik dan macam2 lagi. Best giler....

Hari yang ditunggu2 pun tiba...aku dan wife berpakaian sedondon kuning untuk ke majlis. Mulanya bini aku taknak gi tapi aku kata aku dah bayar ni. Nanti rugi. Pada malam tu aku spray wangian yang boleh dihidu dalam jarak setengah batu. Beberapa kali aku belek2 muka aku supaya kelihatan segar dan ceria. (Maklumlah...nak menang handphone). Sebelum aku bergerak sempat jugak aku snap 2,3 keping gambar aku dan wife. Jamuan itu bertempat di Dewan Besar U**... Masanya telah tiba...

Dengan berjalan berpimpin tangan, aku dan wife menuju ke majlis. Memang ramai orang kat situ. Aku disambut oleh penyambut tetamu yang memang mesra. Aku pun hulurkan kupon dinner. Penyambut tetamu tadi terkebil2 membelek kupon tu. Kemudian dia panggil ketua dia. Ketua penyambut tetamu tu datang ke arah aku. Maka dialognya seperti berikut:

Ketua: Assalamualaikum

Aku: Waalaikumussalam

Ketua: Ini VIP Guest ke?

Aku: Ntah la, rasa macam tetamu biasa je.

Ketua: Ooo..ye ke.. sekejap ye. (Ketua tu pun panggil sorang lagi kawan dia, kawan dia pun datang)

Kawan Ketua: Maaf ye encik, malam ni dinner kolej A*****, kupon yang encik bagi ni untuk dinner kolej B*****. Dinner kolej B***** dah lepas malam semalam.

Aku: Ye ke? Tengok kupon... Laa...saya tersalah ambik kupon la ni. Kupon ni dinner yang saya pergi semalam. Saya nak pegi ambik kupon jap. Tertinggal dalam kereta la ni kot.

Aku pun panggil wife aku. Wife aku terpinga-pinga tanya kenapa?kenapa? Aku diam je dan suruh masuk dalam kereta. Then aku cerita la kat wife aku. Terbahak-bahak wife aku gelak sampai berair mata dia. Aku dengan malunya start kereta dan blah terus dari dewan tu. Mujur la parking kereta tu jauh dari dewan. Tak pernah aku rasa malu tahap tu. Macam mana aku boleh tak sedar yang aku dah terlewat satu hari ke majlis tu??? Ntah2 wife aku tau sebab tu dia taknak pegi asalnya??? suspek,suspek...Maka hari itu, rugilah aku RM20 dan terpaksalah aku lupakan niat untuk menang handphone tu...

moral: Jangan terlalu teruja melampau-lampau. Nanti makan diri!!!

19 comments:

weAr said...

aduhai..mlepas~!
bijak gak cover..seb baik x mati kutu..

Titicaca said...

ko dgn bini ko sameeeeeeee saje..pandai cover line

ad3ck said...

ahaha..giler malu doww..tp sebbaik penyambut tetamu n ketua jer yg tau..ahaha!! klu sumer org kat majlis tuh nampak, tak dapat nak aku bayangkanlaa...

debikdebuk said...

wear;
mujur la aku belajar silat cover line...

titicaca;
bini aku belajar dari aku la tu...

ad3ck;
memang malu giler.Muka aku yang tak berapa cerah ni pun nampak kemerah-merahannya..

areyoung said...

Lohhh. Patutnya cakap je memang tetamu VIP.. hahah

Ayaq masak said...

HAAAAAHAHHAHAHAHAHAHAH. Malu seyyy.

Aku membayangkan en debik berposing2 depan cermin dengan baju kale kuning ala2 iklan raya PNB tuh.

Sittti...Sittey.

debikdebuk said...

areyoung;
aku xnak la diorang layan aku macam VIP. Kang dia letak aku dengan profesor2 kang. Mampus aku.

ayaq masak;
"Harrey inney"(lagu iklan tu) Aku minat dengan PNB tu. Lawak giler muka hubby dia. Yee..macam tu la aku.

zino said...

sempat juga cover tu..

tapi agaknya tersalah pasang niat tak? patut nya datang nak jumpa kawan kawan mengerat siratulrahim bukan pasal henpon.. hehe

debikdebuk said...

zino;
wooo...uuuuu...oooo... aku insaf, aku insaf....

blackpurple said...

Hahaha...

Aku setuju komen zino tu. Apa-apa pun memang besor la kemaluan kau malam tu ekk..

edyan7 said...

hahahhaahha...melepas lah henpon sebijik...kalau wife ko dapat...melepas lah dua bijik...huhuhu... terhibur aku baca entry ni! jgn serik mana tau boleh menang hadiah best lagi!

Mr PenyuBiru said...

haha..sib baik sblm masuk tu ko jupe penyambut tetamu dulu.kalu ko nonong jer terus masuk,pahtu makan ngan gelojohnya,tiba2 datang ketua tempat tu mintak kad invitation.hah! tak ke naya.hehe..

debikdebuk said...

blackpurple;
Besar??? wooo...uuuuu...oooo... aku insaf, aku insaf....

edyan7;
Aku tak serik...tahun depan ada lagi. Aku nak pastikan betul2. Buat reminder lagi.

penyu;
takpe gak dapat makan. Ni sebelum masuk dia tahan minta kupon dulu. Setiap kupon ada no seat.

Korang ni...aku kan dah cakap aku insafff... woooo...woooo...

eSampah said...

ahahahaha... tak tahan nk gelak..

me! said...

ko beli tiket ngan ulat tiket kot deb...

lanrambai said...

aku takder apa nak komen..




cuma..


nak kata..






Padan Muka!!! hahaha

debikdebuk said...

esampah;
gelak la...gelak...

me!;
Mungkin gak kot sbb aku beli jumpa org tu kat tepi bangunan bukan kat kaunter...suspek,suspek...

lanrambai;
dah nasibbbb....isk,isk...

mamarisyia said...

Nasib baik bini ko bukan macam aku..kalau tak harus aku gelakkan ko depat penyambut tetamu tu...hahhhh...nak sangat cabutan bertuah tu...hambikkkkk...muahahahha

debikdebuk said...

mamarisyia;
Nasib baik gak ko bukan jadi bini aku... Dah tentu aku kena gelakkan ko depan penyambut tetamu tu... Aku memang nak hadiah la. Tu yg pegi jamuan tu.