Monday, October 16, 2006

Cerita Sampah


Aku pun heran nape orang sibuk2 sangat dengan budak sorang ni sampaikan ada 'lovebite' pun nak dijadikan bahan cerita (macam cerita yang aku buat sekarang ni). Aku rasa biar je la dia hidup sendiri dengan suami dia. Yang sibuk2 tu nape? aku bukan nak membela dia ni cuma kadang2 kelakar kat akhbar kita banyak citer macam ni dari cerita yang berfaedah @ cerita memberi info yang baik. Ada satu cerita yang aku memang tak tahan sangat sebab bodoh. Tajuk berita satu akhbar ni ialah: "Tomok isi borang UPU". Korang rasa ini berita ke? takkan la semua benda tak cerita. "Tomok beli kereta", "Tomok pertama kali makan lauk pedas", "Tomok berjalan di pasar Ramadhan", "Tomok tukat sport rim kereta". (semua ni contoh je). Aku tak salahkan si Tomok tu, tapi wartawan hiburan yang dah tak ada berita yang nak dilaporkan. (yang aku cerita ni kira mengumpat tak? tapi aku dah berbuka puasa baru aku taip blog ni). So, kesimpulannya, cerita kat dalam akhbar sekarang ni penuh dengan sampah dan kita just boleh ambik keratan akhbar ni buat 'recycle paper' je.

p/s: Maaf la, aku terpaksa hitamkan mata artis di atas sebab tak mahu dedahkan identiti artis ni. Korang mesti tak dapat teka kan siapa artis ni? Artis ni tak la 'femes' sangat.

10 comments:

Titicaca said...

lovebite dia tak nampak sgt tpi double chin tu aku nampak...
alaaa..dah kawen, buatla apa2 bite pon...

Aku adalah aku said...

ala mcm kenal je artis tu..dapat gak gambar dia kat email...ntah ler skrg ni kat malaysia dah jadi fenomena citer menda2 yg remeh temeh...agaknye kalau artis kena sembelit kalau tau pon nak citer gak....dah shopping ke?

debikdebuk said...

titicaca;
tu la pasal...tu la gunanya kawen. Ni tak,belum kawen dah ada lovebite dah. Dah kawen,lovebite la kat mana pun...hihihihhi.... lariii.....

elly;
tapi kalau tak silap dulu ada artis kena buasir masuk paper... nak shopping time balik kampung.. ntah la...raya tahun ni takde mood sgt..dah makin tua kot...??? hihiihihi..

Anonymous said...

itulah media kat malaysia skang. Citer artis #1. berita ntah aper2 lak tue.. kekadang rasa jemu lak sebab terlalu peribadi pon siar kat paper.. klu citer pasal album ka, drama ka.. bloeh gak trima..

ish..ish.. aku lak yang lebih2.. :)

Aku adalah aku said...

Debik,

saper artis tu...hish diaorg ni mmg tak de modal ler tu...

Anonymous said...

saya tau..saya tau seaper dia..ish..lantakla..nak lovebite ke,haper ke,lainlah kalau gigit sampai putus kepala..baru berita..kitorang kat umah pon dah mals beli paper.ntah hapa hapa ntah.

debikdebuk said...

laddyberd;
sabar...sabarr..puasa ni...

elly;
taknak la bagitau...nanti ngumpat siti lak..opss...alamak...larriiiiii..

razliza;
betul tu...baik masuk cerita orang miskin utk diberi zakat...lagi baikk...

tumismenumis said...

Sebab tu aku lebih suka baca blog ko. Hihi

debikdebuk said...

mazudi;
hehehe...percaya la apa saja yang aku blog. hihhiih..

edyan7 said...

hihihih... macam2 cite... wartawan ni kalau menilik artis...hmmm... sume jadi bahan...