Tuesday, September 05, 2006

Al-Fatihah

A'kum... Lama dah tak memblog...

Abah saya dan Titicaca ( Abd Hamid Bin Nik Mat ) telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat 1 September 2006 bersamaan 7 Sya'ban 1427 H ketika azan subuh sedang berkumandang. Innalillahi wainna ilaihiraajiu'n..Kami amat berharap agar rakan-rakan dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah Subhanahuwa ta'ala, ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan soleh, InsyaAllah... AL-FATIHAH..

Dan kini, mak kami serta abang kami, ( Sharifah Bakhtom Syed Ismail & Shafel Hamizi Abd Hamid ) berada di hospital untuk rawatan susulan. Rakan2 sekalian, doakanlah kesihatan dan kesejahteraan mak dan abang kami. Semoga mak dan abang kami segera sembuh. Amin, Ya Rabbal Alamin..

14 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

takziah...byk2 bersabar yer, ni sumer dugaan tuhan utk hamba yg Dia syg...al-fatihah...

tumismenumis said...

Takziah.
Kenapa dia meninggal? Sakit apa?

Alfatihah.

Cik Tat said...

Takziah..

Semoga ibu dan abang debik kembali sembuh..

blackpurple @ jowopinter said...

Takziah buat anda sekeluarga.

Alfatihah.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh...

Ayu Mohamad said...

takziah.. semoga roh arwah diletakkan di tempat org2 beriman..aminnnnn

semoga mak dan abag awak cepat sembuh.. aminnnnnnn

Lan Rambai said...

takziah! apa yg terjadi ni?

ZaKiN said...

takziah.. sayu hati saya..!! ermm......

ontahsapo said...

takziah, kepada yg pergi semoga dicucuri rahmat, yang sedang dlm rawatan, semoga cepat sembuh...

Aku adalah aku said...

takziah....semoga arwah ditempatkan bersama mereka mereka yyg beriman

debikdebuk said...

Terima kasih pada semua. Arwah meninggal dipercayai sebab denggi. Aku pun tak tau nak cakap sebab arwah ada simptom lebih kurang macam denggi. Then mak dan abang pun sama sekarang. Titicaca sekarang sdg jaga mak n abang. Aku lak tukang beli apa2 yang patut. Macam runner la. Apa2 pun doakan kesiatan mak n family aku k.

Anonymous said...

takziah untuk ko sekeluarga!!!

MRC said...

takziah...
bykkan berdoa erk

Sya said...

Takziah untuk anda sekeluarga... dan kepada emak dan abang anda semoga Allah kurniakan kembali kesihatan yang baik.

Tabahkan hai anda dan Titicaca dan semoga roh abah dietmpatkan di kalangan org yg solleh.. Amin

debikdebuk said...

Assalamualaikum... KINI, AKU DAH KEMBALI SETELAH SEKIAN LAMA BERTAPA!!!!!!