Thursday, September 25, 2008

Balik Kampung...

...
credit fo carigold n isuhangat for the photos



Puasa kan.. kadang-kadang letih jugak badan...




Dah letih sangat kena la rehat...
Ye laa.. kadang-kadang..




...tak sahur... memang tenaga jadi kurang..
Jadi, rehatlah di mana sahaja...
Tapi ingat...





... bulan puasa ni bukan tahan makan dan minum je...
Mulut pun kena puasa. Jangan mengumpat...
Kang sia2 je puasa... Uih.. dah petang...





...nak dekat buka puasa dah ni. Pegi la pasar ramadhan.
Cari apa2 yang patut untuk berbuka puasa.
Ayam golek ke.. Eh, macam salah letak gambar la...
Lauk dah beli...





Beli la jugak barang2 untuk memasak kat rumah pulak...
Dan..





...Ingat la... Puasa la elok-elok..
Jangan tengok benda2 yang tidak patut k...





Sampai masa, nak balik raya...
kereta kena la servis dulu...
Baru la selesa perjalanan ke kampung halaman...





Juga jangan lupa keselamatan diri sendiri jugak...
Ingat orang yg tersayang..
Dan ingat...




... rumah kena la berkunci..
Sekarang ni macam2 leh berlaku...
Yang guna alarm kat rumah, pastikan leh berfungsi dgn baik...
Semua dah ok? dah ok jom la gerak..
Drive takyah la laju2...





... kerana polis mana2 je dia ada sekarang..
Maklum la... ops sikap ke-17...





Speed trap pun akan ada di merata-rata..
So, jaga2 had laju kenderaan anda..









InsyaAllah aku akan gerak ke kampung petang ni. Doakan selamat sampai ke kampung.
Mungkin singgah jap kat Planet Zargus.. tengok family kat sana dulu... ambik lemang sebatang dua...


Aku, debikdebuk, mohon maaf sekiranya ada salah dan silap semasa memblog... Mana2 rasa terguris di hati... harap maafkan la... sama2 la kita bermaaf-maafan sempena bulan baik ini. Kepada tiTicaCa,OntahSapo,BlackPurple,maKSu,JarDneSs,CikGu SuE,
MamaRisyia,ToKIDokI,ArTtoUCh,ShiMI,LindOsh,maZudi,ad3Ck,
weAr,zIno,PenyuBiru,BiSKutRaJin,JinGgO,eDyan7,KakLuna,AyaqMasak,
13mAy,teDungs,maSy,AcHik,KutaKsempUrnA,NuraDdeEn,sAnYaleEyA

dan juga pada blogger yg pernah melawat blog aku nih, aku ucapkan
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN TENAGA BATIN...





adios amigos~



...

Tuesday, September 23, 2008

Hebat la Malaysia...

...



SUMBER DARI MALAYSIAKINI:

Tidak ada kemajuan dalam persepsi rasuah di Malaysia sejak tahun 2001 walaupun banyak janji-janji yang telah dibuat oleh pihak berkuasa untuk membasmikannya.

Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008 - yang mengukur tahap rasuah di sesebuah negara - Malaysia memperolehi 5.1 mata tahun lalu.

transparency international malaysia corruption perception index 2008 pc 230908 ramon navaratnamMata yang sederhana itu hanya sedikit berbeza daripada 4.9 hingga 5.1 mata yang diperolehi Malaysia sejak tahun 2001.

"Ini menunjukkan terdapat negara-negara yang mencatatkan kemajuan yang lebih baik daripada kita," kata Presiden Transparency International (Malaysia), Tan Sri Ramon Navaratnam.

Beliau merujuk kepada Singapura yang mendahului senarai bagi negara-negara di rantau Asia Tenggara, dengan mendapat 9.1 mata. Pada keseluruhannya, republik itu berada di tangga keempat di kalangan 180 negara yang dinilai.

Sebagai perbandingan, Malaysia berada di tangga 47 dalam senarai tersebut, berbanding pada tangga 36 pada tahun 2001 di kalangan 91 negara yang dinilai dalam indeks tersebut.

transparency international malaysia corruption perception index 2008 pc 230908 01Bagaimanapun, Malaysia masih berada di atas negara-negara lain di rantau ini seperti Thailand (3.5), Vietnam (2.7), Indonesia (2.6), Filipina (2.3), Kamboja (1.8) dan Burma (1.3).

Menurutnya, tahap rasuah yang tinggi yang masih wujud dalam ekonomi tersebut boleh menjejaskan perniagaan, kecekapan, menghalang atau melembabkan perniagaan dan menjadikan perniagaan lebih mahal dan berisiko tinggi.

Navaratnam juga berkata, lebih banyak yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk membasmi rasuah.

Katanya, sementara usaha memerangi rasuah dalam sektor awam memerlukan kekuatan keazaman politik yang kuat, ini perlu disusuli dengan keazaman yang kuat dan berterusan untuk memperkukuhkan akauntabiliti.

bm version transparency international malaysia ranking in cpi from 2001 to 2008 230908"Satu budaya yang tidak bertolak ansur dengan rasuah juga perlu ditanam dalam budaya perkhidmatan awam. Pemimpin politik mesti memimpin melalui teladan dan cakap seperti bikin," katanya.

Beliau bagaimanapun memuji langkah kerajaan menubuhkan badan seperti Pemudah, sebuah badan petugas khas untuk membantu memulakan perniagaan secara mudah dan telus, tetapi menegaskan lebih banyak lagi yang boleh dilakukan.

Menurutnya, jumlah mata yang sederhana yang diperolehi Malaysia dalam CPI 2008 itu harus menjadi peringatan kepada kerajaan supaya meningkat usaha membasmi rasuah dan bukan setakat beretorik sahaja.

Selain pembaharuan institusi dan undang-undang, TI juga berkata , CPI Malaysia boleh ditingkatkan dengan memastikan keputusan dan transaksi kerajaan menjadi lebih telus.

bm version transparency international 2008 malaysia ranking corruption perception index 230908"Ini termasuk merombak Akta Rahsia Rasmi," kata Navaratnam.

Perolehan kerajaan,tambahnya, juga mesti lebih terbuka untuk membasmi rasuah.

Mengenai politik wang, Navaratnam menyarankan supaya calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya dan pemilihan parti politik lebih dihadkan dan dipertanggungjawabkan terhadap penggunaan wang dalam pilihanraya.

Ranking bagi CPI TI dibuat berdasarkan tahap persepsi rasuah di kalangan pegawai kerajaan awam dan ahli politik.

Indeks komposit ini mengumpul data dari pakar dan kajiselidik perniagaan yang dijalankan oleh pelbagai institusi bebas.





Hebat la Malaysia ni...




adios amigos~


...

Monday, September 22, 2008

Bahasa anak aku part 1

...

Anak aku umur 2 tahun sekarang ni dah mula bercakap2. Aku kadang2 memang tak berapa paham sangat apa benda yang dia nak. Lain budak, lain cara. Ni aku senaraikan beberapa perkataan yang selalu digunakan oleh anak aku. Kalu anak aku bercakap dengan korang, leh la dijadikan sebagai rujukan.



  • BeeBall = Baseball
  • Chiyak = Duit syilling
  • Eibow = Rainbow
  • Kar = Car (kereta)
  • To = Motor
  • Paya = Bayar
  • Nap = Nap (suruh tidur)
  • Tshu-thsu = susu
  • tiken = chicken
  • aju = baju
  • apu = lampu
  • abu = ibu (utk titicaca)
  • mama = mama
  • fog = frog
  • pish = fish
  • ebow = elbow
  • apush nei = lampin drypers
  • teiteh = barney
  • atoi = adoi
  • aw = aw (sakit)
  • totek = remote control
  • akhiu = thank you
  • kish = kiss
  • pants = seluar
  • besh = best
  • mui = moon
  • shar = star
  • wow.... = wow (kagum)
  • no-no = telefon (skrg dah tukar kepada pone)
  • yayum = Calcium (yg yogurt budak2 tuh...)
  • fuyyok = seven ('7') aku pun heran kenaper...
  • belu = alphabet 'W'
  • gaf = golf
  • red = bread
  • bapak = bapak (utk suami titicaca)
  • yayah = ayah
  • angis = nangis
  • akit = sakit
  • popok = pukul
  • ummy = tummy (sambil tunjuk perut)
  • turlu = balloon (skrg dah better... balloon = belun)
  • ori = lorry
  • bash = bus
  • su = shoe





ini saja ye adik-adik untuk kali ni. Sekarang... cuba buat satu ayat dengan menggunakan perkataan2 di atas. Selamat mencuba...



adios amigos~


...