Wednesday, January 30, 2008

Al-Fatihah

...


Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh hari ini (3.05 petang) selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.






Penulis lirik yang sangat berbakat dan diakui oleh M.Nasir dengan liriknya yang puitis,Rosli Khamis (50 tahun) atau lebih dikenali dengan Loloq, juga telah meninggalkan dunia di Hospital Pakar Damansara.



Al-Fatihah untuk kedua-duanya...


adios amigos...

Sunday, January 27, 2008

Masihkah kau ingat (Kopratasa)

...


Masih ingatkah lagi kenyataan-kenyataan berikut :


“apa erti Negara Islam jika mundur”
(Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, 13 Nov 1999, berita Harian)

“tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”
(Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5 sep 1997, PWTC, perhimpunan Agung UMNO, Pita rakaman)


“Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”
(Kenyataan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan, 3 Mac 1994 di Nilam puri, Kelantan, Pita rakaman)

“Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
(Ucapan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, Pita rakaman)


“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran islam”
(Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 ogos 1994, Pita rakaman)


“Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan”
(Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Utusan Malaysia, 20 april 1993) “

apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad, 14 Julai 1992, ucapannya kepada wartawan, pita rakaman)

“bagaimana kita boleh maju kalau orang islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, 2 mei 1992, ucapannya di papar sabah, pita rakaman)


Fikir-fikirkan lah...





adios amigos...

Wednesday, January 23, 2008

macam2 citer...

............


"Macam-macam ada..." Itulah slogan yang menjadi trademark Astro. Kini, ramai orang melanggan Astro untuk mendapatkan siaran 24 jam yang kadang2 diulang2 beberapa kali. Ramai juga orang berhabis duit untuk melanggan Astro sbb, yang penting tak mahu dikatakan ketinggalan. Astro juga mengambil kesempatan dengan mengenakan pelbagai charge dan kita sebagai pengguna Astro nak tak nak, kena gak bayar.









Bila dah abis minyak... apa yang perlu kita buat. Kalau naik motor, kena la tolak kan? Minyak pulak makin mahal di pasaran. Oleh itu, ramai juga peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang. Pengguna juga yang terhimpit. Dgr cerita, minyak akan naik harga lagi. Ntah la. Tapi, mungkinkah harga minyak2 lain juga akan naik harga? Cthnya minyak senyonyong, minyak urut atau minyak angin cap kapak.







....




adios amigos