Dari pembacaan aku, terserlah yang korang semua merindui dariku ini... Tak mengapa...jangan malu sebab itu adalah lumrah manusia yang malu apabila melibatkan emosi seperti kalian semua. Jangan risau kerna aku sudah kembali dengan sihat sesihatnya.
Walaupun daerah yang aku tinggal hanya hujan tanpa banjir tetapi aku tahu kisah dengan mangsa2 banjir ini. Beberapa orang sahabat aku bersama2 membantu mangsa dan kalaulah korang tengok keadaan diorang semua memang agak menyedihkan. Dah la barang rumah habis semua, tempat pemindahan pun tak le seselesa atau sesempurna mana. Ye la dengan najis dan barang2 yang bersepah2. Cuba korang bayangkan kalau berada di tempat diorang...Anak2 nak sekolah lagi. Aku dengan titicaca dulu kat rumah lama...asal hujan lama je abis la dapur kitorang masuk air. Abis barang2 semua kena pindahkan kat bahagian atas. Tu baru je sikit. Dan aku rasa tak salah kalau kita hulurkan sedikit bantuan untuk diorang. Untuk yang tak berkemampuan tinggi macam aku ni, aku just tolong uruskan barang2 bantuan untuk dihantar ke sana je. Cukup la kan...

SUPERHERO COUNCIL ANNUAL MEETING 2006
Tarikh : Tempat : - Zargus Huge Hall, Planet Zargus
Kehadiran : - Atromen Debik (Presiden Tetap)
- Atrowomen Titicaca (Timbalan Presiden)
- Batman Lizaleen (S/U)
- Poison Ivy Ween (Bendahari)
- Cicakman Ezad (Ketua Keamanan)
- Ketua Sektor Superhero
- AJK-AJK Superhero
- Ahli-Ahli Senior Dan Junior
Agenda :- Permohonan Pengesahan Superhero Baru
- Kawasan Yang Berjaya Dipulihkan
- Pendedahan Wajah Superhero
- Hal-Hal Berbangkit
(minit mesyuarat seterusnya adalah rahsia Superhero Council)
Foto di atas adalah foto mesyuarat yang telah diadakan baru-baru ini. Ketika ini Atromen Debik sedang memberi ucapan aluan. Kelihatan seorang Atromen masih memakai topeng Atromen walhal beliau sendiri dah Atromen. Maaf kerana kami dapat menyiarkan foto ini sahaja kerana arahan dari council.
A'kum semua...
Since you all rindukan aku....aku akan tunjukkan beberapa perkara yang amat mengecewakan aku sepanjang aku berada di Perlis... Ko perhatikan gambar yang telah aku rakamkan. Kadang2 rasa bangga dan kadang2 rasa terhina apabila melihatnya... Aku xmahu ahli keluargaku dipermain-mainkan... Sebab itulah aku lama tidak mem'blog'. Aku berada di kampung untuk membincangkan tentang kebiadaban ini.
Aku minta maaf la sebab lama tak blog. Tapi aku rasa aku perlu pergi memaklumkan pada ahli keluargaku yang lain. Aku ada bincang dengan titicaca, dan dia minta aku yang uruskan semuanya sebab aku lelaki. So, nak tak nak...kena la aku handle...
Aku juga nak mohon maaf sekiranya ada juga yang tidak puas hati apabila aku tunjuk gambar ni. Harap kita semua dapat bersabar...
http://i133.photobucket.com/albums/q58/debikdebuk/Ultramanssss.jpg