Tuesday, August 14, 2007

True color 2...

.........................................


Hari ni aku terserempak dengan member aku kat lab. Debik (bukan nama sebenar), kelas fisiologi takde minggu ni. "apa? naper?" (dgn nada terkejut tetapi gembira). Ermmm...nak buat guane?

Aku pun tak kesah la dah takde kelas. Tadi aku bukak e-learning... rupa2nya, wife lecturer aku bersalin... Tahniah...


Apa2 pun, kami semua gembira dengan berita ini (berita dapat anak + takde kelas) hahahahhahh...

Itulah, true color.... yang ke-2....

Tuesday, August 07, 2007

True color...

.......................................




Hari ni, aku bukak e-learning. tetiba ada satu note untuk aku.


Dalam e-learning pagi tadi... "debik (bukan nama sebenar) saya tak dapat datang kelas, so, can u handle the class today?"

Aku ok jer... Kelas tu dari kul 8 sampai 10. aku datang kul 8.30 n tamat kul 9. Dalam report, kelas tamat kul 9.45 pagi.


Balik dari kelas.. dapat SMS, "To debik(bukan nama sebenar), physiology class today dibatalkan. THIS IS NOT A JOKE!!!!"


Lecturer ramai yang meeting kot... Bagussss..... yippieee@yahoo.com.muahahahah...


Itulah true color of students..


Sekian, terima kasih....

Monday, July 30, 2007

Aku menipu lagik...

Kat U** ni ada laluan yang tidak boleh dilalui oleh student. Hanya staf sahaja yang boleh lalu. Tapi kadang2 aku lalu je semacam sebab laluan yang lain tu jauh untuk aku ke rumah aku. Dan selalu jugak la ada 'road block' oleh pak guard- pak guard yang berdedikasi.


Kisahnya...

Aku dan wife ditahan oleh guard sebab lalu di kawasan larangan itu.

Jaga : "Kad matrik!!"

Aku : "Takde!!!"

Jaga : "Tu ada stiker kat cermin kereta tu. Awak student kan?"

Aku : "Tak"

Jaga: "Dah tu ni kereta sapa?"

Aku : "Ni kereta bini saya."

Jaga : "Encik ni bukan student ke?"

Aku : "Tak. Saya just nak hantar bini saya ke kelas...Takkan itu pun tak boleh?" (padahal aku pun nak ke kelas)

Jaga : "Kalau gitu encik kena la jumpa boss saya kat sana tu. Kalau ikutkan tak boleh lalu kat sini."

Aku : "Mana boss awak? Saya nak jumpa dia. Oh, yang tu ke boss awak?"

Jaga : "Takpe la encik... encik lalu je la.."


(Selamat duit aku dari kena saman...)