Monday, December 15, 2008

Yang patut dan tak patut....

....


Nak melawa pun ingat2 la... ataupun baik takyah melawa sangat. Bikin malu je... Ini la kisah antara patut... dan tak patut...




PATUT

Alasannya:
Pompuan ni rasa dia lawa (err...lawa gak) so, bila dia pakai skirt nampak sesuai dgn bentuk badannya. (Wanita Islam dilarang pakai begini)




TAK PATUT

Alasannya:
Aku rasa korang cari la alasannya sendiri... Jap... aku nak muntah....



adios amigos~


...

Friday, December 12, 2008

Post Qurban

...

Boleh datakan ramai yg buat n3 pasal Qurban So, aku pun nak gak la. Trimas kepada TM yg menyumbangkan lembu termasuk beberapa individu2 lain, totalnya 5 ekor lembu.




Ni la banner majlis tu. Siap ada buat promosi Streamyx lagi...




Hanya yang pakar sahaja diberi kepercayaan untuk men'setel'kan bahagian kepala lembu.




Ni la nama petugas yang dipertanggungjawabkan mengikut nombor lembu.




Ini la hasilnya yang masuk dalam perut aku. Errmmm...yum..yum...


p/s: perghh... dua n3 dalaam satu hari..



adios amigos~

...

Kerana Mulut Badan Binasa

....

Aku ni tak pandai sangat pasal agama ni. Tapi insyaAllah aku tak berani nak cakap benda2 ni. Ada di antara quote di bawah ni aku pernah dengar/baca sendiri.



"“Mungkin SERBAN PARA MUFTI TERLALU KETAT maka sebab itu TIDAK CUKUP OKSIGEN untuk menyerap KE DALAM OTAK MEREKA. Mereka tidak berfikiran waras… Dari semasa ke semasa PARA ULAMA TIDAK PERNAH GAGAL untuk mengemukakan PANDANGAN YANG TIDAK MASUK AKAL DAN BEBAL.”

(Akbar Ali, Now The Mufti Blame Hindi Film, The SUN, 21 FEB 2001)

“Oleh itu persoalan yang perlu dilihat oleh masyarakat hari ini bukanlah sama ada poligami patut dibenarkan semula untuk diamalkan di sisi undang-undang sivil bagi bukan Muslim, tetapi sama ada IA PATUT DITERUSKAN DI SISI UNDANG-UNDANG ISLAM.”
(Sisters In Islam, Islam Did Not Invent or Encourage Polygamy, 10 Jan 2002)

“Nabi dilihat oleh penganut Islam awal SEBAGAI KETUA SUKU dan ramai daripada mereka yang menyokongnya berdasarkan kepada semangat asabiyyah atau kesukuan.”
(Dr, Farish A. Noor, The Myth Surrounding the Islamic State, NST, 1 DEC 2001)

“Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan kerana itu ketaatan awal kepadanya diberi kerana dia adalah pemimpin suku yang lebih terserlah daripada pemimpin agama… ISLAM adalah suatu wacana dan sebuah wacana adalah terbuka, BOLEH DICABAR dan plastik…”
(Dr, Farish A. Noor, Intellectual Provocateur, The Edge, 3 DEC 2001)

“Nabi diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 orang wanita termasuk seorang gundik bernama Raihana yang tidak Islam sehingga ke akhir hayatnya.”
(Farish A. Noor, Let Islam Lead Way With Its Progressive View On Sexuallity, NST, 4 NOV 2000)

“Al Quran mengiszinkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kemudian kekal kafir… TIDAK ADA HUKUMAN APA JUA SEKALIPUN yang dinyatakan ke atas orang murtad selain daripada janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya atau memberinya petunjuk kepada jalan yang lurus. Inilah janji Tuhan. Inilah undang-undang-Nya.”
(Akbar Ali, Death For Apostates Unjust, The SUN, 4 JULY 1999)

“Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.”
(Dato’ Seri Najib Tun Razak, Utusan Malaysia, 20 APRIL 1993)

“Menjadikan selain Kitab Allah (iaitu Hadis) sebagai sumber undang-undang, yakni menduakan sumber kuasa samalah dengan menyekutukan Tuhan.”
(Kassim Ahmad, Utusan Malaysia, 1 JULAI 1988)

“Jika al-Quran Perlembagaan, mengapakah Nabi Muhammad menggubal Perlembagaan Madinah dalam pembangunan negara Islam yang pertama di Tanah Arab dulu?”
(Dato’ Haji Dusuki Ahmad, Utusan Malaysia, 22 SEP 1984


Sumber: tranungkite




komen aku:
ni belum masuk lagi apa komen SIS tentang fatwa yoga. Aduuu...macam2 la...


...

Thursday, December 11, 2008

Girlfriend

...


Untuk orang yang tak kawen lagi...

Cuba tgk, mana tau ada kena mengena dengan korang. Sikap girlfriend yang sampai sekarang tak dapat nak faham.



* Dia beli kasut baru hampir setiap bulan dia cakap sebab dia nak sentiasa up to date, tapi kalau saya beli kasut baru pasal kasut lama saya dah koyak dia cakap saya nak mengorat awek lain.

* Kalau dia puji Tom Cruise tu hendsome dia cakap sebab dia memang peminat setia, tapi kalau saya puji Siti Nurhaliza tu cantik dia cakap saya suka membanding-bandingkan dia dengan perempuan lain.

* Kalau dia tak telefon saya seminggu dia cakap itu tak bermakna dia tak rindu saya, tapi kalau saya tak telefon dia selang dua hari dia cakap saya dah curang.

* Kalau dia senyum kat lelaki lain dia cakap dia memang seorang yang murah dengan senyuman, tapi kalau saya senyum dekat perempuan lain dia cakap saya nak mengorat ler tu.

* Kalau dia lewat dia cakap sebab jalan jem, tapi kalau saya lewat dia cakap mesti saya nak beri alasan jalan jem.

* Dia selalu cakap dalam sesuatu hubungan mesti ada "give and take" tapi kalau sesekali saya suruh dia bayar lunch,dinner atau tiket wayang mesti dia cakap saya ni tak gentleman, last-last saya jugak yang kena bayar.

* Kalau dia diam memanjang, dia cakap dia tak ada mood dan tak tahu apa nak cakap, tapi kalau saya diam memanjang dia cakap mesti saya tengah teringatkan perempuan lain.




Komen aku: Nasib baik ler kalau girlfriend tu lawa, kalau tak, dah lama kena tinggalkan. Hahahahaha...


adios amigos~

...



Saturday, December 06, 2008

Perjumpaan Diplomatik

...

Baru2 ni aku ke Penang untuk meminang bersama titicaca dan berjumpa dengan seorang blogger ni. Sebelum kami berjumpa, kami diminta untuk memberi nama sebenar kami supaya blogger tersebut mendapat pelepasan oleh parents untuk berjumpa dengan kami, The Superheroes... Maka kami pun bagitau nama kami, Tajuddin dan Shahira. Maka, pada mulanya blogger ni percaya namun setelah siasatan dilakukan, barulah blogger ini tahu nama aku sebenarnya ialah Daniel Farish Ghauzi… Daniel la sangattt…. Banyak perkara kami sembangkan seperti masalah rasakse yang makin mengganas di Penang dan beberapa perkara peribadi yang menyentuh emosi blogger ni hinggakan Titicaca terpaksa mententeramkan jiwa blogger ni kerana sedih dengan nasib yang menimpa dirinya… sebab itulah Titicaca belanja makan sebab dengan cara ini sajalah dapat menggumbirakan kembali hati blogger tersebut. Aku pun sedih gak tapi part makan tu aku belasah semacam jer…




Ayaq Masak dan Titicaca sedang membelasah makanan. Aku? aku sedang snap gambar...



Wife aku n Hafiz pun datang utk kenal siapakah gerangan ayaq masak yang bermasalah tu... Aku? aku sedang snap gambar...




Maka, aku n titicaca membuat kesimpulan bahawa pertemuan itu dapat menyelamatkan bumi dari diserang rasakse Gordon. Korang apa tau!!!!



adios amigos~

...

Tuesday, December 02, 2008

Evolusi TV

...
dari blalang.com



80 tahun punya cerita...


1920’s

1930’s

1940’s

1950’s

1960’s

1970’s

1980’s

1990’s

2000


agaknya mcm mana la bentuk tv zaman aku dah jadi atuk nanti...


adios amigos~

...

Monday, December 01, 2008

Cuti2 Malaysia...

...

Seronok pulak aku tgk org main layang2. So, aku n wife beli gak layang2 untuk anak aku... (aku pun nak jugak sebenarnya) So, kami main kat tepi pantai sebab angin mmg best, takyah la aku nak kena pegang2 layang2 tu utk naikkan benda tuh.




Aku dengan gaya profesional sebagai pemain layang2...




Layang2 anak aku n sepupunya...




Seronok la budak nih...




ramai dah yang buat gini. Tu yg aku nak buat gak tuh...




Aku umpama badut untuk anak aku. Yang penting anak aku gembira...




Anak aku n sepupunya...



Anak aku (Muhammad Hafizuddin) gembira tak terkata... bagus la..



adios amigos~

...