Tuesday, July 29, 2008

Ntah la...

.......


Report doktor dah menunjukkan sebaliknya.. ermmm..ntah la...



adios amigos~


...

Sunday, July 27, 2008

Jeans Terbaru...

...


Kalau korang jenis mengikuti fesyen semasa, eloklah kalau korang try ni k. Lepas ni, fesyen takyah pakai spender terus lak...




















cantik kan??? - MACAM SETAN!!! - (highlight kat ruang kosong sebelah)



adios amigos~


...

Friday, July 25, 2008

Gambo2 menarik 1

...


Ini la dikatakan double standard!!!!




Kalau ko nak baca emel rahsia...




Murah je... Baik untuk kesihatan...




Jeling la dik oiii.....



Kesan dari kenaikan harga bahan api dunia...




Aku rasa Michael J. Fox ada dalam kete nih...



Istimewanya bulan ni...





adios amigos~


...

Thursday, July 24, 2008

POLICE CAR

....


Kat dunia ni ada macam2 jenis kereta polis. Macam Malaysia, kereta polis ada dari Wira, Waja, Perdana dan ada 4WD. Tapi kat sini aku nak tunjukkan pada korang kereta2 polis kat luar negara. Kalau macam ni, aku sanggup jadi polis trafik kat negara diorang.. lebih2 lagi polis Itali tu....























yang ni aku sanggup jadi polis trafik diorang.....





Yang ni kalau korang nak....ambik laa...




adios amigos~

..

Monday, July 21, 2008

Manusia Cepat Berubah...

Datuk Dr. Ma#ah Ibrahim

Panas : Dr.Ma#ah Campak Bayaran Ceramah RM12,000 !!!

Alkisah, pada 5 Mei yang lalu Cucu telah bertemu dengan beberapa orang kroni Cucu yang baru sahaja menghabiskan pengajian di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang terletak di utara semenanjung. Memandangkan sudah agak lama kami tidak bertemu, maka bermacam tajuk yang kami perbualkan, bermula dengan isu pendidikan, politik, perniagaan dan isu semasa. Al-Maklumlah , kroni Cucu ini bukan calang-calang orangnya kerana semasa di IPTA terbabit sememangnya beliau banyak terlibat dengan aktiviti sosiol dan kemasyarakatan. Tambahan pula beliau turut menganggotai jawatankuasa perwakilan pelajar di IPTA terbabit selama beberapa penggal.

Dalam sibuk berbual, tiba-tiba kami sempat membuka tajuk panas itu berkenaan sikap sesetengan golongan ugama ataupun ulamak yang berpolitik demi untuk kepentingan sesuatu puak tertentu, dan bukannya untuk perjuangan bagi memartabatkan agama Islam dimuka bumi Allah ini. Cucu amat mengkagumi kebolehan beliau mengeluarkan pendapatan secara kritis dan sinis, malahan terkadang Cucu rasa diri ini semakin kerdil bila berbicara dengan beliau.

Setelah hampir 2 jam berbual, akhirnya tibalah ke satu isu panas yang sememangnya amat memualkan dan ditunggu-tunggu oleh sekalian pembaca semua. Maka itu eloklah berita ini Cucu hebahkan supaya seantero dunia tahu akan sikap tokoh agama ini yang sememangnya amat mengecewakan.

Kisah ini menurutnya berlaku beberapa tahun yang lalu, iaitu tatkala kroni Cucu ini ditahun akhir belajar di IPTA berkenaan. Memandangkan kebanyakkan mahasiswa tahun akhir akan menjejaki alam pekerjaan setelah tamat pengajian mereka maka sebagai orang kuat kroni Cucu ini telah menganjurkan satu program ilmiah berbentuk seminar kaunseling dan kerjaya dari perpspektif Islam.

Maka untuk menyemarakkan lagi program tersebut, pihak berkenaan telah bersetuju untuk mengundang beberapa orang pakar motivasi dan tokoh agama terkenal seperti Dr.Fadzillah Kamsah, Ustazah Siti Norbayah, Dr. Ma#ah Ibrahim dan termasuk juga Datuk Ismail Kamus. Seperti yang telah umum ketahui, antara nama-nama popular itu, sudah pastilah nama Datuk Ismail Kamus terpaksa dikeluarkan kerana tidak mendapata kelulusan daripada pihak pentabdiran universiti terbabit.

Maka mereka telah memilih Dr.Fadzillah Kamsah , sebagai penceramah undangan bagi memeriahkan program tersebut. Apa yang menarik, selang beberapa hari sebelum program berlangsung Dr.Fadzillah Kamsah tidak dapat hadir dan memohon maaf atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Memandangkan masa sudah semakin suntuk, maka pihak penganjur terus menghubungi Ustazah Siti Norbayah, namun agak malang kerana beliau mempunyai aturcara lain ketika itu.

Akhirnya setelah mengadakan beberapa perbincangan, kroni Cucu dan rakan-rakannya ini terus menghubungi seorang lagi tokoh iaitu Dr.Ma#ah Ibrahim. Alangkah bertuahnya mereka ketika itu, apabila Dr.Ma#ah menyatakan kesudian untuk menggantikan tempat sebagai penceramah dan bersedia untuk hadir pada hari yang telah ditetapkan. Ketika itu mereka belum sempat untuk berbincang sebutharga perkhidmatan yang diberikan. Namun memikirkan mungkin Dr.Ma#ah bukanlah tokoh yang boleh "dijual-beli" dan "demand" maka mereka memutuskan untuk membuat pembayaran seperti yang telah diputuskan kepada tokoh-tokoh lain yang terdahulu. Seingat Cucu ketika itu Dr.Ma#ah belum bergiat cergas dalam politik UMNO lagi.

Arakain, maka berlangsunglah program ceramah kerjaya dan kaunseling dari segi perspektif Islam seperti yang telah dirancangkan. Melihat kehadiran yang memberangsangkan dari kalangan orang ramai dan mahasiswa, kroni Cucu dan jawatankuasa penganjur merasa amat berbangga dan mengucapkan berbanyak terimakasih diatas kesudian Dr.Ma#ah untuk hadir.

Diakhir program, setelah majlis makan minum selesai maka tibalah saat yang dinantikan iaitu majlis penyerahan bayaran perkhidmatan kepada penceramah undangan. Majlis tersebut diadakan secara tertutup antara ahli jawatankuasa induk seramai 10 orang dengan Dr.Ma#ah. Turut terlibat ialah kroni Cucu yang menjadi tulang belakang majlis tersebut.

Maka dengan tidak disangka-sangka bermulalah... insiden panas yang amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku kepada seorang tokoh terkenal seperti Dr.Ma#ah . tambahan pula ketika berhadapan dengan golongan mahasiswa pewaris negara seperti itu.

Insiden panas yang dimaksudkan ialah, Dr.Ma#ah telah mencampakkan sampul surat yang berisi cek bayaran ceramah beliau . Cucu tidak hairan jika cek bayaran yang dibuat itu sekitar RM200 atau RM300 !!! Tetapi kabarnya bayaran yang dibuat kepada beliau mencecah RM12,000 ketika itu !!! Bayangkan apakah perasaan kita bila seorang tokoh mencampakkan bayaran yang telah dibuat. Menurut kroni Cucu, sambil mencampakkan cek tersebut Dr.Ma#ah sempat mengeluarkan kenyataan yang berbunyi " Awak ingat standard saya hanya banyak itu !! "

Semua ahli jawatankuasa termasuk kroni Cucu amat terkejut dengan apa yang disaksikan. Namun setelah dipujuk dan ditenangkan akhirnya segala insiden dapat diatasi. Mereka berjaya memujuk Dr.Ma#ah, dengan mengambil kira mereka tidak memunyai kewangan yang banyak dan kukuh untuk membayar jumlah yang besar sedangkan mereka masih mahasiswa. Jumlah tersebut pun berjaya dipungut hasil jualan tiket yang bertungkus lumus oleh jawatankuasa terbabit. Menurut kroni Cucu, selepas Dr.Ma#ah pulang, masing-masing mengelengkkan kepala sambil terkejut dengan apa yang berlaku. Namun dibenak hati masing-masing sudah membayangkan bahawa bukan semua tokoh agama dan motivasi yang berkerja dengan ikhlas demi keredhaan Allah.

Moral of the story dalam kes ini, Cucu rasa elok benarlah orang-orang seperti Dr.Ma#ah ini menjadi sebahagian daripada senjata politik UMNO, sememangnya beliau adalah antara tokoh motivasi dan agama kononnya yang cakap tak serupa bikin !!!! Macam lidah ular ...bercabang !! Lihat sahaja dalam sibuk-sibuk beliau menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia mengamalkan semangat kejiranan, toleransi dan bertolak ansur antara satu sama lain demi mengiratkan sillaturahim.. Tiba-tiba heboh didada akhbar suatu ketika dulu, kisah Dr.Ma#ah menyaman seorang jirannya yang merupakan kenalan dan juga tokoh agama / motivasi atas kesalahan yang jelas tidak masuk akal langsung. Walhal perkara itu sepatutnya diadakan perundingan antara kedua-dua belah pihak andainya beliau benar-benar menerapkan apa yang disampaikan kepada orang ramai selama ini.

Bukankah ini jelas membuktikan kepada kita yang Dr.Ma#ah tidak layak untuk bergelar tokoh motivasi dan agama sebenarnya. Justeru itu, sama-samalah kita mengambil ikhtibar akan perkara ini. Kepada semua tokoh perjuangan yang sebenar, ayuh bangunlah.. berjuanglah atas keredhaan Allah, dan jangan melihat keuntungan dunia semata-mata. Semoga kita semua akan selamat di dunia dan diakhirat serta iklas dalam perjuangan demi menegakkan agama, bangsa dan negara tercinta ini dari terus dibelenggu oleh ideologi penjajah.



p/s: CUCU adalah seorang mahasiswa di sebuah universiti tempatan.


adios amigos~

...

Saturday, July 19, 2008

Kalau la gaji aku gini.....

.....


Sekarang ni kalau dapat gaji RM2000 sebulan pun dah tak rasa berlebih sangat. Ye la, memangdangkan minyak naik, barang naik kan. Tapi dalam pada itu ada yang rasa perlu gaji dinaikkan 100%. Mungkin gaji mereka belum cukup lagi. Tengok la gaji diorang ni. Pun masih tak cukup??? (cerita dah lama, saja nak upkan...)




Gaji CEO TNB


adios amigos~


...

Tuesday, July 15, 2008

Berhati-hati

.........

Berita dari seberang,

Seorang ibu mendapati anak tercintanya telah tewas terbujur kaku dengan
kepala terjepit ditempat tidur, bayi tersebut diperkirakan tewas saat berusaha turun dari tempat tidurnya ketika baru bangun pagi, melihat tanda di tempat kejadian, dapat dipastikan bayi tersebut tewas akibat kekurangan oksigen , dia tidak dapat membebaskan
kepalanya dari jepitan kayu, mulut dan hidungnya tertutup kain/kasur sehingga teriakannya tidak dapat didengar siapapun sementara kakinya menjuntai kebawah tidak dapat menyentuh
lantai.
Melihat sobekan pada kain seprai, dapat dibayangkan penderitaan bayi tersebut saat menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Bagi rakan rakan yang masih mempunyai bayi?????? harap berhati hati.

Perhatikan keselamatan setiap saat karena ditempat tidurpun kecelakaan fatal dapat terjadi







Ya Allah, jauhilah anakku dari kejadian sebegini. Amin..




p/s: tewas tu bukan tewas dalam pertandingan tau...











DEBAT



RUMUSAN, hujah DSAI

* Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
* Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
* Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
* Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
* RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
* RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
* Maka selesailah masaalah

LAIN – LAIN HAL

* Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
* Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI’ IMF.
* Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
* Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.

AHMAD SHABERY

* Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN“
* Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
* Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan

TAMBAHAN SIKIT

* Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi

Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.


Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

* Zukifli Sulong

Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan ?


petikan dr tranungkite.net


Sebarang komen tentang debat malam tadi, sila ke http://debatshabery.blogspot.com


adios amigos~




...

Sunday, July 13, 2008

Part 3

Al- Kisahnya



Area sekitar sports centre tempat aku kerja tu ada sebuah kolam ikan. Ikan tu ikan koi yang besarnya sekaki setengah panjangnya setiap ekor. Mmg cantik kolam tu siap ada fountain lagi. Dan pada satu malam, ada satu group (kebanyakannya India) buat parti sambil minum2 beer kat area kolam tu. Sedang diorang berseronok, nak dijadikan cerita bekas yang isi beer tu tertumpah di dalam kolam ikan tu. So, diorang semua cuba la untuk keluarkan bekas beer tu. Then diorang sambung semua parti tu. Pada keesokan harinya, semua ikan dalam kolam tu mampus!!! disebabkan olah pencemaran air pada malam tu. Hebat kan penangan beer. Sampai ikan pun mampus, tapi manusia still minum...



IKLAN


THE BEST EXAMPLE HOW TO SAVE PETROL USAGE FROM OUR PM







adios amigos...



...

Thursday, July 10, 2008

Macam2 Cerita

...

HAJI

Ibadat haji merupakan rukun Islam kelima. Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :
" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".

UMRAH

In Arabic the word `Umrah is derived from I`timar which means a visit. However, `Umrah technically means paying a visit to Ka`bah, performing Tawaf [Circumambulation] around it, walking between Safa and Marwah seven times. A performer of `Umrah puts off his Ihram by having his hair shaved or cut.




Nabila
(artis Malaysia) ketika menunaikan umrah baru-baru ini... Seronok tul nampaknya kan...





Ini pulak surat cinta dari seorang lelaki kepada seorang perempuan. Kata2 yang penuh puitis...





Assalamualaikum Cik Janna Syariza,


Diharapkan agar kehadiran surat ini tidak mengganggu hidup saudari.Saya hanyalah seorang insan hina pada pandangan Khairy Jamaluddin yang mengumpamakan saya seperti seekor beruk.Oh,harap maaf.Terlupa pula saya bertanya khabar saudari.Apa khabar?Harap berada dalam keadaan sihat selalu.

Akibat daripada tragedi yang telah menimpa saudari dewasa ini,saya amat berharap agar saudari dapat bertenang dan dapat membuat pertimbangan waras mengenai masa depan saudari.Tujuan saya menulis warkah hina ini hanyalah untuk meyakinkan saudari supaya saudari tidak menyesal kemudian hari kerana tidak memilih saya sebagai teman hidup.

Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang berumur 27 tahun.Saya mempunyai kerja tetap (saudari perlu ingat,wujud kes2 dimana isteri menanggung suami) dan ini menunjukkan saya adalah seorang yang stabil dan mempunyai masa depan yang boleh dikatakan agak cemerlang,gemilang dan terbilang.

Saya dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di merata-rata tempat.Kata ibu saya,saya juga pernah dibesarkan di Rembau tapi semenjak Khairy Jamaluddin menjadi Ahli Parlimen Rembau,saya agak malu mengaku saya mempunyai kampung di Rembau.Seperti kata peribahasa,kerana najis mughallazah setitik habis semua najis mukhaffafah jadi najis berat.

Saya telah selamat menamatkan pengajian saya pada tahun 2004 dan kini sudah hampir 4 tahun bekerja.Walaupun pekerjaan saya sebelum ini agak tidak menentu tapi alhamdulillah kini saya mampu untuk sekurang-kurangnya membelanja saudari makan (kalau Cik Janna sudi)

Cik Janna,
Kisah hitam yang berlaku haruslah Cik lupakan.Buang yang keruh ambil yang jernih.Saya dengan ini mengakui yang saya tidak pernah diliwat oleh sesiapa pun,itu adalah kelebihan saya.Sudah pasti Cik Janna juga inginkan seorang suami yang tidak pernah diliwat oleh mana2 lelaki mahupun sebatang timun?Tidak pernah pun saya membenarkan seorang lelaki yang sudah berumur menyentuh tubuh saya.Jikalau ada pun lelaki yang cuba memperkosa saya sudah pastilah saya mampu menentangnya kerana come on la,saya 27 tahun lawan dengan lelaki tua umur 60 tahun yang ada sakit tulang belakang,mestilah saya menang kan?Dari segi kekuatan fizikal saya adalah pilihan terbaik Cik Janna.

Sebelum saya terlupa,di sini saya sertakan sedikit butir2 peribadi saya dengan harapan agar dapatlah Cik Janna pertimbangkan untuk dijadikan pilihan hidup Cik.

Nama : Man
Umur : 27 tahun
Alamat : Kuala Lumpur
Makanan Kegemaran : Nasi Ayam
Minuman Kegemaran : Teh Ais
Hobi : Mengumpul setem dan menulis
Cita-Cita : Menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri selama-lamanya
Impian Hidup : Mendapat tempat dihati saudari

Saya mempunyai impian ingin berkeluarga dan saya sudahpun memilih nama anak-anak saya nanti (jika saudari tak keberatan menerima permintaan saya ini) Jikalau anak lelaki saya ingin namakan dia Najib.Jika anak perempuan saya ingin benar nama anak kita nanti Rosmah.Mungkin kalau rezeki kita murah nanti,anak yang ketiga (harap2 lelaki seorang lagi,saya ingin benar anak lelaki 2 orang) akan diberi nama Sharibuu.Diharap saudari dapat menggambarkan betapa bahagianya kita berdua keluar bersama-sama 3 anak kita nanti,Najib,Rosmah dan Sharibuu berkelah di Kolam Suria KLCC.

Dengan ini saya amat berharap agar saya tidak bertepuk sebelah tangan.Petimbangkan permintaan saya ini,Insya Allah saudari tidak akan berputih mata.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.

Ikhlas menyayangimu,
Mantot






p/s: Janna Syariza adalah tunang kepada seorang mangsa liwat...





Batu nesan dari sahabat yang terasa kehilangan rakan baiknya







Jangan la buat gini kalau marahpun kawan ko tu...





adios amigos...



...

Wednesday, July 09, 2008

Part 2

.....


Latihan Industri Part 2


Kawan aku kerja di bahagian F n B (bahagian coffee house la ni). Ada Pak Arab berjubah ni datang nak order makanan.. Maka terjadi la perbualan berikuttt...


Kawan: Morning sir, can i help u?

Arab: Is this Halal? (sambil tunjuk gambar makanan kat menu tu)

Kawan: Yes sir, would you like to order sir?

Arab: Ermmm... is this Halal? (gambo makanan lain lak)

Kawan: Yes sir..

Arab: How about this one? Is it Halal? (tunjuk kat gambo lain lak)

Kawan: Of course it is Halal sir, here we don't serve any pork. Don't worry sir.

Arab: Ermmm ok... can you give me this (sambil tunjuk kat gambo makanan tu) and one beer please.. Do you have Heineken here?

Kawan: (terkedu....)





adios amigos...


...

Monday, July 07, 2008

I'm Back...!!!

.....

Latihan Industri Part 1.



A'kum... akhirnya aku berjaya menamatkan latihan industri (L.I) di sebuah resort kat J.B. Nama resort tu, Pulai Springs Resort. Aku bertugas sebagai Sports Coordinator kat Sports Centre. Kalau ikutkan hati, mmg aku tak nak buat L.I kat sini tp sb yg ni yg paling dekat dengan rumah aku.



Aku kena kerja shift dan banyak la kejutan budaya sejak aku keje sini, termasuklah malayu minum beer, perempuan hisap rokok open je tanpa rasa malu (mungkin bagi korang dah biasa tengok)
Kat sports centre tu ada gym, spa, sauna, steam, ping pong, tennis, squash dan kolam renang. Tetapi semua ni khas untuk members dan hotel guest sahaja. Tak bukak pada public.


Ramai la jugak orang asing datang seperti dari jepun, arab, australia dan korea. Sejak aku keje sini, minah2 korea ni kalau guna kolam renang, selalunya laa... dia akan main bukak baju suka2 hati dia je atau dalam bahasa kasarnya, suka berbogel bila nak tukar baju. Kalau G.M (General Manager) kitorang lalu, selalunya kitorang akan dipanggil untuk menegur minah2 korea ni supaya salin baju kat changing room kat situ. Aku?? Malas aku nak tegur2, biar je la... pandai2 la diorang. hehehhehehe.....





bersambung....





adios amigos...