Thursday, November 22, 2007

Kesian Kucing Aku....

...................


Aku baru balik kerja.... pastu gi mandi... tgk2 kucing kesayangan aku dah hidu2 kasut aku... ini la apa yang sempat aku rakamkan...





snifff...sniff.... meoww...




aaaaa..... layan bebbb....



pengsan..... mujur tak mati... cuma kejang anggota badan jer...

Tuesday, November 20, 2007

Teringat Dulu2...

..................



Anda Skola tahun 80an....................Sila Baca!

untuk bacaan pada masa lapang...
enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah
dulu...

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,
Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and
Mickey Mouse. Not to
forget
Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?...hmm, mesti pegang
cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn
classmates semua kat
seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist
appointment.
pastu
bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah.
ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2
time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning tu.
pukul
tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat
kantin. nasi lemak 20 sen

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang
popular utk meluangkan masa
dgn
family. ni for those yg dok KL laa. Kalau kat Pahang, Komplek Teruntum.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah
Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu...ada yang suka
stoking
tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang
pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum
Kum, UFO, O-Ya,
Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm
die, 'telur' keras warna
warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy Family laa dlm
class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli
aiskrim ngan
apek
kat luar skola tuh... mati dah apek tu...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje
skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry',
kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube
aiskrim, ada byk2
color
tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun
kita main dulu
ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan
nye lahir thn 1987/88.
skarang digelar 'remaja'.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the
Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
Westlife
nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade
satu je
Vietnam.


CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan
diorg skarang tak reti
nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive
dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan
korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah
kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa,
seronok bile
bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami
mase dulu time
kecik2,
nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace blog ni, korang akan
terpikir utk
sembang
dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye
laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!

Monday, November 19, 2007

Job Expo...

..............

Satu Job Expo diadakan di China. Ni la gambar betapa ramai org yang nak memohon kerja. So, hargai dan sayangilah kerja anda....








......

Saturday, November 17, 2007

Nama Jepun Yang Sesuai

..........................


1. Yg pemarah- KEJI CACIMAKI

2. Yg tak suka brg mahal- SATO SUKAMURA

3. Yg bisu- KITA TADASUARA

4. Yg suka makan tose- NANACHI HITOSE

5. Yg suka lagu blues- APO NADIKATO

6. Yg suka belajar- ASIKO ULANGKAJI

7. Yg kerap bikin ribut- WAKASI HURUHARA

8. Yg masih bujang- MATIMATI TAMOKASI



Arigato Padasemuaro, Hait!!!

..................

Tuesday, November 06, 2007

Fakta atau Auta?

.....................

fakta atau auta ???


1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.


13. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini
telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.



..................

Friday, November 02, 2007

Atromen Sejati

.........................

Hari tu aku dan rakan2 pergi ke perkampungan Gutorabokertut (satu daerah di Planet Zargus) untuk bertemu dengan seorang Atromen Warga Emas sempena Aidilfitri. Beliau yang kelihatan terkejut dengan kehadiran kami yang disangka raksasa itu telah bersedia untuk 'fire' rombongan ziarah kami. Nasib baik beliau tak sempat nak 'fire'. Setelah diberitahu tujuan kehadiran kami, barulah beliau menjemput kami masuk ke rumahnya.

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>













Inilah Atromen tersebut. Beliau baru sahaja balik dari kebun. Beliau merupakan bekas tentera Atromen. Sepanjang hidupnya, beliau telah menewaskan kira2 397 862 ekor raksasa.


................