Friday, August 31, 2007

Merdeka....

................



MERDEKA

Semoga negara Malaysia akan makmur. InsyaAllah..


.................

Monday, August 27, 2007

Records...(true color 3)




Larian berganti-ganti 100 jam tanpa henti U*M
~ Malaysia Book of Records ~

Ye, berlari tanpa henti tetapi secara bergilir2 la. 3 orang akan berlari serentak sejauh 5 km atau lebih kilometer (petrol shell). Peserta akan diberi rehat selama 6 jam sebelum menyambung semula larian. Larian dijangka tamat pada jam 11-12 tgh malam 31 Ogos 2007.

Seperti biasa, aku tak akan membawa perut aku berlari bersama. Cukuplah aku sebagai kurussetia eh, urusetia aje. Dan juga sepanjang larian ini berlangsung, aku akan dapat pengecualian kuliah... (ha,ha,ha,ha... itulah true color yang ke-3...)


Tontonlah tv9 'dekat di hati' untuk lihat muka aku yang rajin bekerja...

Tuesday, August 14, 2007

True color 2...

.........................................


Hari ni aku terserempak dengan member aku kat lab. Debik (bukan nama sebenar), kelas fisiologi takde minggu ni. "apa? naper?" (dgn nada terkejut tetapi gembira). Ermmm...nak buat guane?

Aku pun tak kesah la dah takde kelas. Tadi aku bukak e-learning... rupa2nya, wife lecturer aku bersalin... Tahniah...


Apa2 pun, kami semua gembira dengan berita ini (berita dapat anak + takde kelas) hahahahhahh...

Itulah, true color.... yang ke-2....

Tuesday, August 07, 2007

True color...

.......................................




Hari ni, aku bukak e-learning. tetiba ada satu note untuk aku.


Dalam e-learning pagi tadi... "debik (bukan nama sebenar) saya tak dapat datang kelas, so, can u handle the class today?"

Aku ok jer... Kelas tu dari kul 8 sampai 10. aku datang kul 8.30 n tamat kul 9. Dalam report, kelas tamat kul 9.45 pagi.


Balik dari kelas.. dapat SMS, "To debik(bukan nama sebenar), physiology class today dibatalkan. THIS IS NOT A JOKE!!!!"


Lecturer ramai yang meeting kot... Bagussss..... yippieee@yahoo.com.muahahahah...


Itulah true color of students..


Sekian, terima kasih....