Monday, July 30, 2007

Aku menipu lagik...

Kat U** ni ada laluan yang tidak boleh dilalui oleh student. Hanya staf sahaja yang boleh lalu. Tapi kadang2 aku lalu je semacam sebab laluan yang lain tu jauh untuk aku ke rumah aku. Dan selalu jugak la ada 'road block' oleh pak guard- pak guard yang berdedikasi.


Kisahnya...

Aku dan wife ditahan oleh guard sebab lalu di kawasan larangan itu.

Jaga : "Kad matrik!!"

Aku : "Takde!!!"

Jaga : "Tu ada stiker kat cermin kereta tu. Awak student kan?"

Aku : "Tak"

Jaga: "Dah tu ni kereta sapa?"

Aku : "Ni kereta bini saya."

Jaga : "Encik ni bukan student ke?"

Aku : "Tak. Saya just nak hantar bini saya ke kelas...Takkan itu pun tak boleh?" (padahal aku pun nak ke kelas)

Jaga : "Kalau gitu encik kena la jumpa boss saya kat sana tu. Kalau ikutkan tak boleh lalu kat sini."

Aku : "Mana boss awak? Saya nak jumpa dia. Oh, yang tu ke boss awak?"

Jaga : "Takpe la encik... encik lalu je la.."


(Selamat duit aku dari kena saman...)

Sunday, July 22, 2007

FUTSAL





Ye, futsal...

Ia merupakan salah satu permainan yang amat digilai dewasa ini. Malah banyak pasukan2 di pusat pengajian tinggi dan di kampung2 telah diwujudkan. Begitu juga gelanggang permainan. Perbelanjaan untuk bermain futsal tidaklah memerlukan belanja yang besar. Aku pulak semakin suka dengan permainan ini. Lecturer aku pulak semakin rajin mempelawa aku bermain bersama-sama mereka yang lain. Tapi aku tidak akan join ke kelab futsal U** kerana aku tak larat. Aku bermain just untuk suka2 aje...


Oh ye...kenapa aku cerita tentang futsal kali ini??? Ia adalah kerana... Orang rumah aku pulak yang mendaftar sebagai ahli kelab futsal perempuan U**...


Dan next week...aku akan ke kedai sukan untuk mencari kasut futsal isteri aku... huhuhu...






*kenapa agaknya wife aku belajar tendang bola??? Risau jugak aku...

Saturday, July 14, 2007

Dinner


Baru2 ni aku datang ke jamuan kolej. Ni la makanan yang kami dapat selaku jemputan. Sekemput je lauknya... takpe la.. lagipun free je. aku just datang je memenuhi jemputan. Itupun sebab aku yang buat persembahan makyong eh, live band. Nak tunjuk gambo pun susah sebab gelap. Di akhir acara, ada cabutan bertuah... aku just dapat hamper. Pun tak dapat ditunjukkan di sini sebab dah pecah2 sebab member aku jeles aku dapat lalu digomolnya hamper aku tuh...

Tengok kad atas meja tu....nasyid tu bukan aku... kang jadi lagu lain kalau aku nyanyi nasyid..

Monday, July 09, 2007

Aku kembali suram....

Hari ni aku start kembali ke U**. aduu..kena la study semula. Dah puas bercuti, kena belajar semula.



mau aku ambil 2 minggu untuk tempoh recovery sbb terlalu lama bercuti telah membuatkan aku lemah je nak baca buku... aduuuu...



kepada lecturer.... Fahamilah aku....