Thursday, March 29, 2007

Orang Bodoh & Orang Pandai

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)

Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!!

Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali wo

Orang bodoh = kentut kuat2 kat office pas tu bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat otot kejang! penyu pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah. Guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tu la!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh (singular) yang pertama tu jadi bodohs (plural)


Ada lagi...tengok kat bawah









Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni! (kalau tak buang masa, tak bodoh la tu)
Orang pandai = saper yang entry cerita ni... hahahah aku la tu...
jadi yang mana satu pilihan bijak?
pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Sunday, March 25, 2007

Gile Movie


Kalau titicaca gile citer korea, aku pun ada gak gile citer ni. Best gile. Skarg ni dah nak abis season 2. Aku donlod kat internet je.. Kisah dia nak lari dari penjara sebab abg dia tak salah.


Tapi sebenarnya aku suka sebab sebelum tu aku pernah tengok citer ni. Memang best giler. Kisah dia tak bersalah tapi tak dapat nak bebaskan diri dia. Last2 dia lari gak dari penjara tu. Yang bestnya kita tak tau dia nak lari. Dapat tau pun dah last citer ni.

Saturday, March 17, 2007

Annual Dinner

Baru2 ni, sempena cuti sekolah aku dan titicaca menghadiri dinner yang dianjurkan oleh Majlis Superhero. Oleh kerana titicaca tu project manager, so dia agak sibuklah. Sebab tu la dia tak dapat nak mem'blog'. InsyaAllah selepas ni titicaca dapat mem'blog' semula.


Kelihatan Atromen Debik melambai-lambai kepada peminatnya...

Thursday, March 15, 2007

Anakku Sayang......


Ni baby aku semasa masuk wad.


2 hari pastu, Alhamdulillah semakin sembuh.


Baru2 ni mak aku datang rumah aku. Mak aku kasi duit buat belanja anak. Aku pun beli benda ni...

Ni la termometer. Siap dengan teddy bear lagi. Kebetulan ada offer. Aku beli benda ni ganti termometer digital yang lama. Termometer ni dapat result dalam 3 saat jer. (yang lama tu 2 minit)

Sejak anak aku demam teruk baru2 ni, buat aku selalu risau. Ni gambar setelah aku meng'punk'kan rambut anak aku.

Tuesday, March 13, 2007

My Desktop....



Ni le desktop aku. Kosong jer... Best kan?? Tak serabut kepala...

Resolution : 1024 by 768 pixel (right clik/properties/setting)

Laptop, LCD or CRT monitor : LCD monitor

Been using this desktop since : Long long time ago...

Kaedah (bagi yg tak tau) : Hit
“Insert” + “Print Scrn” di keyboard > Ctrl+c > Ctrl+v > Ctrl+p > Ctrl+F8 dalam authorware then komputer korang meletup!!! Ha Ha Ha... kena tipu....


Orang yang seterusnya kena tag ialah.... jeng, jeng, jeng.....

  1. Penyu
  2. Turtle
  3. Tuntung
  4. Kura-kura
  5. Labi-labi

Saturday, March 10, 2007

Kisah Jumaat

Aku bertolak la ke Masjid di U** ni untuk solat Jumaat. Sampai je aku pun duduk la sebelah Mamat ni. Aku rasa macam tak sedap duduk je sebab badan aku macam gatal-gatal. (Mamat kat sebelah tu perasan kot). Aku tengok2 la apa yang tak kena. Then aku terus ke toilet. Dalam 5 minit aku duduk semula sebelah Mamat tu. Aku pegi toilet tadi sebab rupanya aku pakai baju terbalik. Benang tu la yang buat badan aku gatal. Ntah la berapa % je Jumaat aku hari tu...

Sunday, March 04, 2007

Tahukah anda...?


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.


4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin
dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan
khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula
dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan
Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan
yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh
hanya biasa digunakan room dot dot dot)

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.

15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.