Sunday, February 25, 2007

Kena TAG la pulakkkk....

Kejadian ini berlaku ketika aku sedang berlepak2 dan bersantai2 dengan putera mahkota aku. Bukak je blog kabommm.... aku pun di TAG oleh beberapa makhluk seperti si penyu tu. Aku pun terpaksa la melayannn... 6 benda yang pelik tapi benar tentang debik ialah...

  1. Aku ni susah nak ingat jalan. Masa zaman ber'couple' dulu, makwe aku yang ambik dan hantar aku. Sebab aku takut sesat/salah jalan kat KL tuh. Pernah salah jalan sekali,tersesat terus fobia... sesat is a fear factor for me.
  2. Setiap kali aku makan (tak kira makan apa pun) mesti aku akan berpeluh. Walaupun kat restoran ber'aircond' sekalipun.
  3. Abah aku, pakcik-pakcik aku, abang-abang aku dan lebih 90% kawan-kawan aku merupakan perokok tegar tetapi aku tak penah pun merokok.
  4. Setiap tempat yang aku belajar (sekolah-sekolah dan maktab) mesti aku pernah mencatat rekod bergaduh. Tapi sejak bekerja ni dah tak gaduh dah!!!! Gaduh dengan rasakse jer..
  5. Suka baca dan tonton sebarang benda yang bersiri secara 'rally' seperti komik dan tv series. (aku ada full set komik doraemon, dragon ball, CSI Miami, Monk, dan banyak lagi la)
  6. Aku alergi dengan tebuan dan lebah. Seumur hidup aku dah lebih 7 kali aku disengat tanpa rasa bersalah oleh binatang tersebut. Aku akan demam,badan jadi gatal dan disuntik kebanyakannya di punggung aku.
Bagi aku macam pelik la semua ni...

6 manusia pelik yang aku pilih secara random. (kalau dah buat tu takyah la buat dah)

  • titicaca
  • ayaq masaq
  • lizaleen
  • ad3ck
  • zino

Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!

Wednesday, February 21, 2007

Salam....salamm....

Sori...baru balik cuti daaa... So, daripada kajian yang aku buat dalam n3 sebelum ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa orang pompuan ni takleh diperlekeh-lekehkan...hangin diorang ni.(lebih2 lagi si ween tu). So, jangan la marah2 sangat... orang laki rilekkksss...jer... Oklah... jangan gaduh2...kita baca pantun di bawah... Harap semua musuh2 aku dapat bersabar...


Pantun Melayu Versi Otromen

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser di'fire' Ultraman
Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksaser berlari (read: ad3ck & penyubiru)
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser (read: ad3ck)
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Ader lampu nyaler

Mengata dulang paku serpih
Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih

Sudah geharu cendana pula
Sudah kalah di'fire' pula

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser (read: penyubiru)

Tuesday, February 06, 2007

Lelaki Vs Perempuan

Kajian Menarik terbaru..

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt



Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..

Sunday, February 04, 2007

Kawanku Si Siau...

Aku ada sorang member cina ni. Siau Jun Xiong. Saja je aku nak borak2 dengan dia. Maka tercetuslah dialog seperti di bawah...


Aku: Hello Siau... bila mau balik kampung?


Siau: Hello Debik (bukan nama sebenar)... Aiya, balik kampung minggu depan maa..


Aku: Ye la, mana la tau kau nak balik awal sebab ada hal ke... Nanti malam nak makan besar lagi, nak pegi tokong sembahyang lagi...


Siau: Debik, gua makan besar saja maa...sembahyang gua tak pegi..


Aku: Apa pasal pulak? Tu aku tengok penuh je tokong tu cina sembahyang...


Siau: Ooo.. itu cina lain...Memang ada yang pegi tokong..Keluarga gua punya agama cina yang tak perlu pegi tokong sembahyang-sembahyang...


Boleh pulak pilih agama yang takyah sembahyang...

Thursday, February 01, 2007

Baca la jawi...

Aku ambik foto ni sebab air ni dijual kat sebuah pasaraya cina kat kampung aku. Tauke pasaraya ni ada dalam 6 orang and semuanya kaum cina tetapi aku tertarik bila ada tulisan jawi kat pasaraya tu. Teringat aku masa study dulu, ada apek cina ni baca suratkabar jawi. Aku bersyukur sebab masa kecik dulu mak n abah aku paksa aku baca buku jawi sampai aku menangis dan aku sedih gak bila bebudak sekarang ada tak pandai baca jawi. InsyaAllah aku akan ajar anak aku baca Al-Quran dan jawi supaya benda ni tak akan hilang sampai bila-bila.