Monday, October 23, 2006

Dam Dam Dum, Munyi Mercun...

Selamat Hari Raya,Kepada Blogger(lelaki) Serta Bloggy(wanita),
Setahun Hanya Sekali,Merayakan Hari Yang Mulia Ini..
Dimasa Bulan Remdhan,Ada Tak Puasa Sampai Sebulan,
Pabila Raya Menjelma,Dia Pulak Yang Sambut Dengan Gembira..

Kat sini aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA pada semua blogger. Maaf zahir dan tenaga batin. Raya ni aku balik kampung yang sama dengan Titicaca. Aku ampunkan dosa2 kalian kalau ada yang mengata aku tu dan aku harap korang pun sama. Gembira dapat bertukar2 pendapat dan dengar citer2 korang tu. Semoga kita ketemu lagi di lain blog. Assalamualaikum... Adios amigos...

Monday, October 16, 2006

Cerita Sampah


Aku pun heran nape orang sibuk2 sangat dengan budak sorang ni sampaikan ada 'lovebite' pun nak dijadikan bahan cerita (macam cerita yang aku buat sekarang ni). Aku rasa biar je la dia hidup sendiri dengan suami dia. Yang sibuk2 tu nape? aku bukan nak membela dia ni cuma kadang2 kelakar kat akhbar kita banyak citer macam ni dari cerita yang berfaedah @ cerita memberi info yang baik. Ada satu cerita yang aku memang tak tahan sangat sebab bodoh. Tajuk berita satu akhbar ni ialah: "Tomok isi borang UPU". Korang rasa ini berita ke? takkan la semua benda tak cerita. "Tomok beli kereta", "Tomok pertama kali makan lauk pedas", "Tomok berjalan di pasar Ramadhan", "Tomok tukat sport rim kereta". (semua ni contoh je). Aku tak salahkan si Tomok tu, tapi wartawan hiburan yang dah tak ada berita yang nak dilaporkan. (yang aku cerita ni kira mengumpat tak? tapi aku dah berbuka puasa baru aku taip blog ni). So, kesimpulannya, cerita kat dalam akhbar sekarang ni penuh dengan sampah dan kita just boleh ambik keratan akhbar ni buat 'recycle paper' je.

p/s: Maaf la, aku terpaksa hitamkan mata artis di atas sebab tak mahu dedahkan identiti artis ni. Korang mesti tak dapat teka kan siapa artis ni? Artis ni tak la 'femes' sangat.

Tuesday, October 10, 2006

Bersyukur....

Last week aku balik kampung. Mak aku masak la lauk untuk buka pose tapi aku dengan gatalnya pegi jalan2 kat pasar ramadhan dan beli lagi beberape jenis lauk. Tu pun rasa macam tak cukup je. Bila dah buka, kena air segelas, sepinggan nasik mula la perut jadi kenyang semacam. Lauk2 yang aku beli tadi jadi tak terusik je. Punya la kalah aku dengan godaan nafsu makan. Padahal (terus terang aku cakap) lauk kat pasar ramadhan tak le sedap sangat. Kat kampung aku ok lagi, kalau kat rumah aku...Air soya macam air masak isi air gula jer... Apapun bila aku tengok tv, ada keluarga yang berbuka makan roti dan air masak je. Astagfirullah... Betapa aku membazir lauk tetapi ada manusia yang anaknya 5 orang tapi just makan roti atau kurma untuk berbuka. Ibarat kata arwah abah aku, "Sedap tu kat tekak je...dah masuk perut kenyang gak...Tekak kata sedap, yang menanggungnya perut !!!"... Bila aku teringat time camping kat Pulau Tioman dulu, tiap2 hari aku makan ikan kering,sardin dan telur dadar. Rasa macam itu la lauk paling sedap dalam dunia... Masa tu tahu lak nak bersyukur... Sesungguhnya, manusia itu selalu lupa....

Monday, October 09, 2006

Aku Dah Kembali.....

Assalamualaikum...

Lama tak mem'blog' ni. Agak kesibukan sikit sekarang. Apa2 pun sudi2kanlah kiranya melawat blog hamba ini.